Sabtu, 19 Februari 2011

Progress Anakin Skywalker

A long time ago in a galaxy far far away..

Cewah, macam citer Star Wars plak. Penukis pernah ketagih dengan citer Star Wars masa belajar kat universiti dulu. Tapi sejak akhir-akhir ni dah mula berkurangan (mungkin sebab usia dah makin lanjut). Penulis pernah melukis Anakin Skywalker tapi tak siap-siap dan dah lama terperap dalam folder unfinished. Dah agak lama lukisan ni terbengkalai dalam folder ni. Baru sekarang ni penulis ada keinginan nak menyiapkan lukisan Anakin Skywalker. Pish Posh! (Bunyi nafas Darth Vader).

Anakin01

Cubaan pertama. Bentuk dan figure dah okay tapi pencahayaan nampak pelik semacam.

Anakin02Cubaan seterusnya dah mula menampakkan hasil yang lebih baik dari cubaan pertama. Rsanya nak ubah lagi pencahayaan dan warna tapi buat masa ni, biarlah penulis tumpukan pada lukisan lain pulak.

Anakin03 Close-up lukisan. Klik untuk lihat resolusi tinggi. Nampaknya stroke dan gaya lukisan dah banyak berubah untuk tahun 2011 ni. Semangat! So, apa pendapat korang?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link