Rabu, 16 Februari 2011

Galeri maya menggunakan Google Art Project

Google art project? Apa benda tu? Sebenarnya Google art project adalah projek usahasama antara pihak muzium antarabangsa dengan (duh) Google untuk menghasilkan galeri maya bagi pencinta seni. Dengan Google art project, pelawat (atau penonton) boleh melihat hasil karya-karya para masters dari serata muzium dan melihat setiap karya dengan lebih dekat.

La Primavera La Primavera 2 La Primavera 3 La Primavera 4

Ok, tu dah kira cukup dekat tu. Pengunjung juga boleh mengetahui maklumat setiap lukisan seperti nama pelukis, tahun dihasilkan, medium, saiz lukisan termasuklah nama muzium tempat lukisan tersebut dipamerkan. So kepada sesapa yang ambil subjek sejarah seni, memang beruntung sangat. Zaman penulis study di USM dulu, penulis kena bersusah payah mencari setiap gambar dalam internet. Dengan Google art project ni, mudah la sedikit.

Birth Of Venus 01

Setiap lukisan dalam Google art project ni memang sangat sharp dan detail. Rasa seolah-olah kita tengok lukisan tu depan mata. Kita boleh nampak dan ‘rasa’ tekstur pada lukisan tu. Dengan tidak semena-mena penulis rasa kagum dengan pelukis-pelukis zaman dahulu. Tabik la..

Birth Of Venus 02

Jadi kepada sesiapa yang memang minat dengan seni lukisan atau nak belajar sejarah seni, Google art project memang satu website yang sesuai. Nikmati keindahan lukisan zaman klasik dengan keselesaan di rumah (ayat laras iklan). Hopefully Google art project akan memberi inspirasi pelukis-pelukis muda.

Link: Google Art Project

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link