Kali ni aku nak post update step by step. Aku harap dengan cara ni aku dapat explain camner aku melukis sementara aku masih ingat (aku ada masalah dengan ingatan). Aku buat apa tadi? Oh ya, aku nak explain step aku lukis potret.
Biasanya aku akan buat canvas baru dengan setting saiz A4 300dpi RGB. Aku guna LAB color sebagai swatches dan color slider. Aku akan buat layer baru dan fill dengan color mid tone biru ala Canson paper. Ada dua tujuan; untuk hilangkan putih pada canvas dan juga setkan canvas sebagai mid value. Lagi satu, warna kulit akan lebih menonjol kerana warna biru dan warna kulit adalah warna penggenap (complementary color).
Aku buat layer baru dan rename dengan nama ‘lineart’. Aku gunakan brush tools dengan opacity 100% dan flow 50% dan mula buat line art. Aku gunakan stroke yang ringan dan simple je. Line art ni untuk guide masa coloring nanti je.
Lepas tu aku akan buat layer baru dengan nama ‘blocking’ dan mula letak beberapa basic color. Bak kata encik Jiwo, step ni dinamakan ‘mencampak warna’ atas canvas. Kadang-kadang aku akan pick color dari gambar asal.
Dalam step ni, aku cuba jaga basic highlight dan shadow. Detail macam rambut dan kedutan baju tu aku abaikan dulu. Well, masa ni tak nampak rupa sangat. But you get the idea.
Bersambung ke post seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan