Jumaat, 19 November 2010

Berhijrah dari Flash ke Toon Boom

Aku dah lama simpan cita-cita untuk buat animasi sendiri tapi kadang-kadang aku takde idea macam mana nak mulakan. Kali pertama aku buat animasi adalah pada tahun 2006 guna perisian Flash 5. Masa tu Flash 5 memang kira sangat gempak la walaupun fungsi utamanya adalah untuk buat content multimedia. Tambahan plak masa tu memang takde drawing tablet so semua artwork kena draw/trace guna mouse. Despite all that, aku dapat gak buat teaser untuk animasi 3D dan juga animasi 10 minit untuk projek tahun akhir aku.

Lepas 4 tahun, aku still dengan mentaliti bahawa Flash memang satu-satunya software untuk buat animasi. Aku berani kata bahawa takde software lain boleh cabar Flash dalam bab animasi. Maybe sebab aku kerja kat syarikat yang buat courseware yang 100% guna Flash.

Masuk tahun 2010, aku belajar course buat animasi kat Epict Anim@ter dan still lagi diorang guna Flash untuk production. Aku suka dengan drawing tools dalam Flash. Drawing tools dalam Flash memang sangat perfect untuk buat vector artwork. Tambahan pula saiz format file SWF yang kecil tapi still sharp dan crisp memang sangat sesuai untuk animasi. Bagi aku Flash memang bagus tapi macam ada sesuatu yang missing.

flashScreen screenshot Adobe Flash CS3

Dalam minggu lepas, aku terbaca review tentang software Toon Boom ANIMATE dan aku tanpa segan silu download trial version untuk cuba sendiri software ni sebelum buat apa-apa komen. So far software Toon Boom ANIMATE memang mengisi kekurangan yang ada pada Flash dan software Toon Boom ANIMATE memang khas untuk production animasi. Dari proses lakaran, inking, clean-up, rigging, animating dan exporting, semuanya selari dengan workflow traditional animation. Lepas guna Toon Boom ANIMATE, aku dah rasa susah nak kembali guna Flash.

toonBoomScreen screenshot Toon Boom ANIMATE

Secara personal, Toon Boom ANIMATE memang jauh lebih senang untuk buat animasi dan Flash lebih sesuai untuk buat animasi pendek dan motion graphic. Lihat dari perkembangan dan kebolehan Toon Boom ni, aku rasa Toon Boom ada potensi untuk mengatasi Adobe.

Review Flash dan Toon Boom ANIMATE akan aku ulas dalam post seterusnya. Happy animating!

19-11-2010 v01

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link