Selasa, 12 April 2011

Ranking Kanvas Digital di enjin carian Google

Penulis tertanya-tanya juga setelah sekian lama penulis menulis Blog, agaknya ada ke orang yang baca blog penulis ni? Penulis pun buka lah enjin carian Google dan mula menaip ‘Kanvas Digital’. Hasilnya?

Kanvas Digital

Kanvas Digital menduduki tempat ketujuh!!! w00000tt! Terima kasih kepada para pembaca yang setia bersama dengan Kanvas Digital selama dua tahun ini. Er.. Nak hadiah ke?

Sabtu, 9 April 2011

Berhijrah menimba ilmu

Penulis akan berada di Kuala Lumpur untuk beberapa hari. Asyik melukis je, sesekali kena juga melepaskan tekanan. Pada masa yang sama penulis mahu mencari pengalaman dan peluang baru di tanah kelahiran penulis ni (penulis dilahirkan di Klang). Jika ada pembaca yang mahu bertemu penulis di Kuala Lumpur, kecil tapak tangan, KLCC penulis tadahkan. Jumpa di sana!

Map picture

Jumpa lagi dalam post akan datang.

Sumber inspirasi 1

Kalau tengah bekarya lepas tu tiada idea, memang la satu perkara yang sangat tak syok. So salah satu cara untuk mengatasi masalah ‘art block’ ini adalah dengan mencari sumber inspirasi dengan melihat hasil karya pelukis lain. Ini antara beberapa karya yang menjadi idola dan sumber pembuka idea bagi penulis.

b8769ec27c505698 Karya siri Pepper oleh Artgerm. Warna dan pencahayaan yang sangat lembut tetapi masih mengekalkan gaya ala manganime merupakan kekuatan utama dalam setiap penghasilan karyanya. Sebagai seorang concept artist, Artgerm bijak memanfaatkan setiap ruang dalam karyanya dan cuba menyampaikan mesej secara tersirat. Dalam karya siri Three Kingdoms, warna-warna yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri dan hanya boleh difahami dengan penelitian dan kajian mendalam.

Sebagai seorang pengguna Photoshop dan juga Manga Studio yang agak tegar, tidak hairanlah jika ada yang cuba meniru stail lukisannya. Akan tetapi, seleksi brush dan warna yang digunakan masih lagi kekal menjadi misteri dan Artgerm terus menghasilkan karya yang bukan sahaja penuh daya imaginatif, tetapi juga mempunyai maksud yang halus jika diamati dengan lebih mendalam.

Satu lagi karya yang selalu buat penulis gigit bibir adalah karya Drew Struzan. Brader otai ni memang dah lama berkecimpung dalam bidang ilustrasi. Hasil tangannya selalu digunakan dalam penghasilan poster filem yang top dan gah seperti Star Wars, Indiana Jones, Police Academy, Rambo dan juga The Flinstones.

Drew Struzan suka gunakan medium mix media dalam karyanya. Hasilnya, karya yang seakan hidup dengan sentuhan magis. No wonder la Steven Spielberg berkeras nak Drew Struzan untuk lukiskan poster filem Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull. Pendek kata, mamat ni memang dah hebat tahap legend.

Ada banyak lagi sumber karya yang dapat dijadikan sumber inspirasi. Penulis akan berkongsi lagi dalam post akan datang.

Jumaat, 8 April 2011

Mari bercerita – Villain, Antagonis, dan Orang jahat

AntagonistAntagonis, orang jahat, saintis gila, usahawan korup, atau apa-apa aspek kejahatan tulen. Pada kebiasaannya, orang jahat atau villain adalah individu atau organisasi yang menjadi punca kepada konflik dalam satu-satu cerita. Watak jahat juga memberi kesan negatif kepada watak-watak yang lain.

Dalam cerita dongeng, watak jahat merupakan salah satu daripada ciri persona dramatik. ‘Tugas’ watak jahat dalam satu-satu cerita:

  1. memperkenalkan diri; watak jahat tersebut akan memulakan onar dan halangan pada watak utama, awek atau keluarganya.
  2. wujud konflik antara watak utama dengan watak jahat, disusuli dengan pertarungan epik atau konfrontasi yang lain.
  3. Mengejar watak utama selepas watak utama berjaya mengalahkan atau mendapat sesuatu daripada watak jahat.

Tidak semua ‘tugas’ itu perlu ada dalam satu-satu cerita.

Selain daripada watak jahat yang sememangnya hidup demi melakukan kejahatan, ada dua lagi jenis watak jahat; satu daripadanya adalah hero palsu, iaitu watak berasakan bahawa mereka melakukan kebaikan dan kebenaran, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya. Misalnya watak kakak tiri dalam cerita Cinderella yang sanggup memotong isi kakinya supaya dapat muat dalam kasut kaca.

Satu lagi watak jahat adalah ‘penghantar’ (dispatcher), yang mana watak ini akan menyuruh watak utama pergi melakukan sesuatu yang pada mulanya kelihatan sebagai sesuatu yang tidak berbahaya. Hakikatnya, watak utama itu disuruh pergi untuk dihapuskan buat selamanya. Nak contoh? Gollum dalam filem Lord of the Rings adalah contoh terbaik.

darth-vader-face Dalam penulisan fiksyen, watak jahat memegang dua peranan penting; sebagai orang yang perlu ditewaskan oleh watak utama, dan juga mempamerkan ciri-ciri yang bertentangan dengan watak utama. Watak jahat juga perlu menggambarkan keinginan untuk mencapai sesuatu (untuk menakluki dunia atau menjadi orang terkuat) yang membolehkan pembaca menilai mereka sebagai watak yang lebih kuat daripada watak utama. Untuk mencapai matlamat ini, watak jahat sewajarnya mempunyai personaliti untuk menunjukkan kewajaran mengapa mereka berbuat kejahatan (mungkin kerana cemburu dengan watak utama atau mahu membuktikan kewujudan mereka di mata orang lain).

HEATH_LEDGER_JOKERWatak utama dan watak jahat adalah umpama Yin dan Yang; mereka mempunyai perbezaan tetapi tidak boleh dipisahkan. Masing-masing saling melengkapi dan saling bertentangan pada masa yang sama. Ambil contoh Batman dan Joker. Batman berperwatakan serius manakala Joker sangat histerikal. Batman menegakkan keadilan manakala Joker suka menimbulkan huru-hara. Bak kata Joker dalam filem The Dark Knights, ‘You (Batman) complete me!

vlcsnap-171343

 Watak jahat yang klasik biasanya suka memakai pakaian gelap, bermisai lentik, kurus kering, dan suka gelak besar (seperti BUAHAHAHAHA!! atau MUAHHHAHAHAH!!) sambil memegang kedua tangan.

Brad Warner menyatakan bahawa “hanya watak jahat dalam kartun (dan komik) sahaja yang akan gelak besar sambil memegang kedua tangan dan mahu menakluki dunia yang penuh kejahatan”.

4054824236_14f2e1c9ca_oTiada watak yang menjadi jahat secara semulajadi. Tiada orang yang bangun pagi-pagi dan terus fikir nak bunuh siapa untuk hari tu. Tiada jeneral yang terus serang negara jiran lepas makan tengahari tanpa ada sebab. Semua orang melakukan sesuatu dengan sebab. Dengan kata lain, watak jahat berbuat kejahatan kerana didorong oleh motif. Motif untuk memerlukan kejahatan ni banyak, antaranya:

  • cemburu
  • pilih kasih
  • balas dendam
  • mahukan pengiktirafan
  • kekuasaan
  • kekayaan, wang atau harta
  • kepuasan
  • wanita
  • nama dan pangkat
  • perasaan tamak haloba 

Ben Bova menggalakkan penulis skrip untuk tidak memasukkan watak jahat dalam penulisan. Beliau menyatakan bahawa:

“Tidak wujuk watak jahat dalam dunia sebenar. Tiada orang yang betul-betul jahat dalam dirinya. (Penulisan) fiksyen mencerminkan kehidupan. Atau lebih tepat lagi, fiksyen adalah kanta untuk memerhatikan aspek kehidupan untuk kita memahami realiti dengan lebih dekat. Tiada watak jahat yang suka ketawa besar sambil tersenyum sini dan mengusap kedua belah tangan. Yang ada hanya manusia yang mempunyai masalah, dan mereka berusaha untuk mengatasi masalah tersebut”

Macam mana nak menghasilkan watak jahat yang mempu menggoncang dunia? Salah satu tekniknya adalah dengan menjadikan watak jahat itu sangat hebat dan sangat kuat hingga watak utama kelihatan tidak mampu melawan watak jahat tersebut. Dengan cara ini, pembaca akan berasa simpati kepada watak utama dan akan menyokong (mengikuti) pengembaraan watak utama dalam usaha untuk mengalahkan watak jahat itu.

Watak jahat yang sangat hebat akan menyebabkan watak utama terpaksa menewaskan watak jahat itu dengan cara yang tidak memerlukan tenaga dan kekuatan. Watak utama akan menewaskan watak jahat dengan menggunakan akal atau taktik alternatif dan penamat seperti ini bukan sahaja memberi kepuasan kepada pembaca, bahkan menunjukkan bahawa si penulis mampu menghasilkan cerita yang baik. Contoh klasik adalah David dan Goliath, di mana David menewaskan Goliath dengan menggunakan lastik. Dalam trilogi Star Wars, Luke Skywalker ‘menewaskan’ Darth Vader dengan cara tidak membunuhnya. Dalam manga Naruto, taktik pertarungan Shikamaru dan Temari semasa peperiksaan Chuunin adalah jauh lebih mendebarkan daripada pertarungan Naruto dan Neji.

Uchiha_Itachi_Returns_by_bruno_qi Walaupun ramai orang yang mengagungkan watak utama, tapi watak jahat ini seringkali menjadi tumpuan. Ada sesetengah villain yang mempunyai kebijaksanaan yang tidak terbatas. Ada juga yang sangat kaya. Ada juga yang mempunyai daya kecekalan yang tinggi kerana walaupun diterajang dan dibelasah oleh si watak utama berkali-kali, mereka masih mampu bangkit dan merancang ancaman durjana yang baru dalam episod berikutnya. Ada yang mengatakan bahawa watak utama itu dinilai berdasarkan watak jahatnya. Maka satu karya yang baik mempunyai watak jahat yang baik (dari segi penulisan). Apa akan jadi kalau watak utama tidak mempunyai watak jahat untuk dikalahkan? Ini hasilnya.

Khamis, 7 April 2011

Mari bercerita – Perihal konflik dalam penceritaan

“Pada suatu ketika, ada seorang puteri bernama Snow White. Snow White tinggal bersama 7 orang kerdil dan mereka hidup bahagia buat selamanya”

Bosan, kan? Jika kita tidak mempunyai konflik, kita tidak mempunyai sebarang cerita.

Tidak semua karya memerlukan konflik, tetapi pada kebiasaannya karya itu merupakan non-fiction. Sesetengah karya yang diinspirasikan daripada slice of life juga kadang-kadang mempunyai unsur konflik. Dalam penceritaan atau permainan video, konflik adalah unsur penggerak cerita.

vlcsnap-126401

Masih kurang jelas?

Konflik wujud dalam pelbagai bentuk. Salah satu daripada teori konflik (dalam penceritaan) menyatakan bahawa konflik terbahagi kepada 7 jenis.

7 jenis konflik tersebut adalah:

  1. Manusia vs. manusia – atau watak menentang watak. Tidak kiralah samada watak itu merupakan watak jahat, robot, kawan, alien, atau sesiapa saja tidak kira kecil atau besar.
  2. Manusia vs. Diri sendiri – Konflik dalam diri menahan godaan atau cabaran ketika ingin mengejar matlamat.
  3. Manusia vs. Alam – Kebiasannya jika melibatkan bencana alam, kemusnahan sejagat atau keadaan yang berbahaya. Filem 2012 adalah contoh terbaik.
  4. Manusia vs. Masyarakat – Tema yang selalu diangkat dalam drama Melayu.
  5. Manusia vs. Tuhan/Takdir
  6. Manusia vs. Kuasa Ghaib – Supernatural, hantu, jin, pari-pari dan sebagainya.
  7. Manusia vs. Mesin

Jika sesetengah karya tidak mempunyai antagonis dalam penceritaannya, besar kemungkinan ia mempunyai konflik jenis kedua.

Dalam filem atau drama bersiri, biasanya terdapat lebih daripada 2 jenis konflik dan semua konflik perlu diselesaikan di akhir cerita, melainkan jika si penulis skrip mahukan penamat jenis tergantung (cliffhanger).

Dalam post akan datang, kita akan bercerita tentang villain/orang jahat plak. Stay tune. (poof!)

Rabu, 6 April 2011

Mari bercerita – Master plot

vlcsnap-129955

Tiada idea hendak berkarya?

(menghidupkan api) Mari berkumpul di depan unggun api kerana pada hari ini penulis mahu bercakap tentang bidang penulisan dan penceritaan. Jika ada pembaca yang berminat untuk menghasilkan cerita atau karya kreatif, maka teruskan pembacaan kerana mungkin apa yang penulis terangkan di sini dapat membantu pembaca berkarya kelak.

Sebelum memulakan pengkaryaan, si pengkarya perlu memikirkan tentang tema atau master plot. Tema ini akan menentukan perkembangan keseluruhan karya. Untuk memudahkan pembaca membuat pemilihan, penulis senaraikan 20 tema yang biasa digunakan dalam bidang drama dan penulisan.

20 tema penceritaan:

  1. Penjelajahan – Samurai Jack,
  2. Pengembaraan – menerokai kawasan baru/asing
  3. Kejar-mengejar – gunakan kereta/pengangkutan untuk aksi kejar-kejar yang mendebarkan
  4. Penyelamatan – tema dalam cerita Superhero
  5. Melepaskan diri – elemen suspen yang biasanya melibatkan nyawa hujung tanduk
  6. Teka-teki – Tomb Raider, Indiana Jones
  7. Persaingan – Batman vs Joker, Superman vs Lex
  8. Underdog
  9. Keinginan
  10. Perkiasan – Mirror Mask, Waking Life
  11. Perubahan
  12. Kematangan
  13. Percintaan – Semua kisah melibatkan cinta
  14. Percintaan terhalang – adanya halangan atau orang ketiga dalam percintaan
  15. Pengorbanan – mengorbankan sesuatu untuk mencapai sesuatu
  16. Penemuan – menjumpai sesuatu secara sengaja atau tidak
  17. Membaiki keadaan
  18. Balas dendam
  19. Peningkatan – keadaan bertambah baik
  20. Penurunan – situasi menjadi semakin buruk

Tema lain seperti persahabatan, kekeluargaan, peperangan/perbalahan, atau fantasi juga boleh digunakan.

vlcsnap-126257Akan tetapi, cerita tidak boleh wujud tanpa konflik. Perihal konflik akan penulis nyatakan dalam post berikutnya. Stay tune.

Selasa, 5 April 2011

Sama tapi tak serupa – Animasi, Anime dan Kartun

::Post ni sepatutnya diletakkan di blog Kidd Playground. Tapi oleh kerana mungkin ada pembaca yang berminat dengan anime dan animasi, maka penulis letakkan post ini di blog Kidd Canvas::

ABSTRAK

Siapa yang tak tahu animasi, memang tipu la. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai animasi, tidak kira la samada melalui siri bersiri, iklan ataupun muzik video. Genre animasi ini dah mula mendapat perhatian meluas, dan yang ironinya genre yang selalu dikaitkan dengan kanak-kanak ini mula dieksploitasi oleh dan diterima oleh pelbagai golongan termasuklah golongan dewasa.

Jika ditanya siapa Raja Animasi, secara majoritinya orang akan menjawab Walt Disney. Tidak perlu diperkenalkan lagi siapa beliau, tetapi jika ada pembaca yang masih duduk dalam gua berminat untuk tahu dengan mendalam, boleh la baca biografi beliau di sini dan di sini. Empayar besar Walt Disney telah menghasilkan pelbagai animasi yang sampai hari ni membawa pulangan yang menguntungkan. Susah nak bayangkan animasi The Lion King tu dah berjaya mengutip pulangan $783 juta worldwide dan sekaligus memegang rekod animasi 2D yang paling lumayan pulangannya.

Jika Walt Disney memegang tahta Raja Animasi lukisan tangan, maka tahta Raja Animasi 3D (CGI) jatuh kepada PIXAR Animation Studio. Filem animasi Finding Nemo yang pecah panggung tentang ikan yang mencari anak di serata lautan berjaya mengutip $868 juta worldwide. Berenang la Merlin dan Nemo tu dalam lautan $$$ pulak.

Jika Barat boleh berbangga dengan animation mereka, Jepun pun tak mahu mengalah untuk bersaing dalam bidang hiburan ni. Jepun mempunyai stail animasi yang unik; dengan mata yang besar dan rambut yang lagi banyak dari warna yang ada pelangi – Anime. Oleh kerana kebanyakan siri anime adalah berdasarkan manga, maka ada sesetengah orang yang menggunakan istilah Manganime. Pengaruh anime dalam kehidupan rakyat jelata di muka bumi ini tidak perlu dipertikaikan – daripada pertandingan Cosplay, sehinggalah kepada penggunaan slang Jepun (desu, kawai, jaa-ne, konichiwa, itadakimasu, etc, etc) – dan makhluk yang bernama Otaku pula menyembah watak anime pujaan mereka seakan dewa yang turun ke bumi. Dah jadi semacam satu fahaman agama pula.

Penulis terlintas nak buat kajian tentang anime dan animasi selepas terbaca satu artikel yang menyatakan bahawa Osamu Tezuka menghasilkan anime selepas menonton animasi Disney. Dengan kata lain, Osamu Tezuka menghasilkan anime mengikut acuan animasi Disney. Selepas membuat beberapa kajian, ada beberapa fakta menarik yang penulis ingin kongsi bersama berkaitan animasi, anime dan kartun.

DEFINISI ANIMASI

Kita mulakan dengan pemahaman asas terlebih dahulu.

“Animasi adalah beberapa lukisan/frame yang bertukar dengan pantas dan menghasilkan ilusi pergerakan”.

Dari aspek ini, animasi mempunyai ciri yang sama dengan anime dan kartun. Animasi (lukisan tangan) biasanya dikeluarkan dalam format video atau filem. Oleh kerana kebanyakan animasi dihasilkan dari Barat, maka orang akan melabelkan animasi oleh Disney atau Dreamworks sebagai animasi Barat. Sejarah animasi sebenarnya sangat panjang. Pembaca boleh membaca lebih lanjut di sini.

DEFINISI ANIME

Di Jepun, anime (atau animé) adalah merujuk kepada SEMUA animasi, tidak kira samada animasi itu berasal dari dalam atau luar Jepun. Ini kerana secara literalnya, anime memang bermaksud (duh!) animasi. Perkataan anime itu sendiri berasal daripada bunyi animation. Tetapi orang bukan Jepun mengganggap anime sebagai animasi yang berasal dari Jepun.

Anime adalah (stail) animasi berasal dari Jepun yang mempunyai watak bermata besar”.

Pernyataan anime adalah merujuk kepada animasi yang yang berasal dari Jepun adalah 50% tepat. Ini kerana ada syarikat Jepun yang menghasilkan animasi tetapi tidak dilabelkan sebagai anime. Bahkan ada studio yang bukan berasal dari Jepun tetapi animasinya dilabelkan sebagai anime. Macam mana pulak tu?

Kita ambil syarikat anime yang top; Studio 4°C.

Studio 4°C telah menghasilkan banyak anime seperti Tekkon Kinkreet, Spriggan dan juga Princess Arete. Studio ini juga menghasilkan animasi untuk pasaran Barat seperti Gotham Knight, Beyond (Animatrix), dan juga The Second Renaissance (Animatrix). Yang menariknya, siri ini tidak dianggap sebagai anime.

Bagaimana pula dengan animasi yang mempunyai watak bermata besar?

Animasi yang mempunyai watak bermata besar tidak boleh dikategorikan sebagai anime. Untuk menambahkan lagi kekeliruan, watak-watak dalam animasi Disney juga mempunyai mata yang besar. Adakah ini bermakna animasi Disney tergolong dalam kategori anime? Jauh sekali. Persamaan ini terjadi kerana anime menggunakan teknik dan acuan daripada animasi Barat. Jadi ciri watak bermata besar bukanlah tergolong dalam kategori anime.

Tambahan: Kenapa animator melukis watak bermata besar? Mata merupakan bahagian yang berkait rapat dengan emosi. Jadi dengan melukis watak bermata besar, emosi dan perasaan watak itu dapat ditunjukkan dengan jelas. Ciri ini sangat banyak digunakan dalam anime. Ia murah, mudah dan efektif. Kenapa nak lukis mata realistik kalau watak tu hanya keluar 2-3 saat sahaja?

  • The Powerpuff Girl mempunyai persamaan dengan anime (chibi) tetapi oleh kerana ia dihasilkan di US, maka ia dianggap sebagai animasi Barat.
  • Begitu juga dengan siri animasi Cartoon Network yang lain: Teen Titans, Transformers Animated, Dexter’s Laboratory.
  • Watak dalam siri Slam Dunk tidak mempunyai mata yang besar, tapi masih lagi dikategorikan sebagai anime.
  • Lukisan hyper-realistik dalam siri Gantz! juga termasuk dalam kategori anime.
  • Animasi Pucca yang dihasilkan oleh syarikat animasi Korea tetapi ramai yang mengkategorikan sebagai anime.

 

DEFINISI KARTUN

Kartun adalah satu bentuk medium hiburan di mana ia lebih mengutamakan humor dan/atau satira sebagai isi karya. Kartun mula berkembang sejak zaman Renaissance lagi dan banyak menyentuh persoalan politik dan senario kehidupan semasa.

Di Malaysia ni, ramai orang yang melabelkan kartun sebagai ‘animasi yang kelakar’. Upin dan Ipin juga dikategorikan sebagai kartun. Antara studio animasi/individu yang banyak menghasilkan kartun adalah Warner Bros, Walt Disney Animation, Bob Clampet dan Tim Ivery.

Watak kartun yang pertama keluar di kaca televisyen adalah Felix the Cat. Imej Felix digunakan kerana ia mudah dilihat pada televisyen hitam putih pada masa itu.

Watak-watak kartun yang lain:

  • Road Runner
  • Coyote
  • Bugs Bunny
  • Lolla Bunny
  • Duffy Duck
  • Mickey Mouse
  • Minnie Mouse
  • Donald Duck
  • Goofy
  • Woody Woodpecker
  • Tim the Martian
  • Tweety the Bird
  • Sylvester the Cat
  • Tasmanian Devil
  • Marsupilami
  • Freakazoid

 

PERBEZAAN ANTARA ANIMASI BARAT dan ANIME

Penulis dah menonton (agak banyak) koleksi anime dan animasi dan rasanya penulis boleh berikan beberapa perbezaan antara anime dan animasi.

  1. Penceritaan – Penceritaan dalam animasi Barat adalah lebih straightforward dan plot ceritanya ringkas. Berbeza dengan anime, penceritaan dalam anime adalah lebih kompleks dan twisted. Perlu ditekankan di sini bahawa anime yang paling innocent juga kadang-kadang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.
  2. Ekspresi – Animasi Barat menekankan aspek ekspresi watak lebih dari sekadar posisi mulut dan juga mata. Bahasa tubuh badan (body language), pergerakan tangan dan kepala juga diberi perhatian. Anime lebih cenderung kepada penggunaan ekspresi generic seperti peluh besar menandakan kekecewaan, tiga garisan di bucu rambut menandakan hilang semangat, atau bentuk seperti berurat di dahi atau leher untuk menandakan kegeraman atau kemarahan. Watak juga kadang-kadang digambarkan dengan tangan berapi untuk menggambarkan semangat berkobar-kobar.
  3. Lip-sync – Pergerakan mulut dalam animasi Barat adalah lebih lancar (5-6 posisi mulut) jika dibandingkan dengan pergerakan mulut dalam anime (2-3 posisi mulut). Antara sebab mengapa anime menggunakan pergerakan mulut yang sedikit adalah; mudah dilukis dan juga mudah untuk proses alihbahasa.
  4. Tema – Animasi Barat lebih mengutamakan tema kekeluargaan dan ia sesuai ditonton oleh semua. Anime mempunyai tema tertentu untuk golongan tertentu. Misalnya genre mecha (robot gergasi), chibi, shounen, shoujo, hentai, eicchi, yuri, yaoi, bishies, dan lain-lain.

Secara peribadi, animasi Barat mempunyai kualiti animasi yang lebih baik berbanding anime Jepun. Animasi Barat mengutamakan prinsip animasi (principal of animation) seperti easing, anticipation, tension dan timing. Anime biasanya menipu (cheat) dalam penghasilan animasi tetapi jarang dapat dikesan oleh penonton. Misalnya:

  • Scene yang menunjukkan background sahaja seperti bucu rumah atau air pancut dan pada masa yang sama kedengaran suara watak sedang bercakap. Dalam siri anime Fruit Basket, terdapat banyak scene yang menunjukkan awan di langit.
  • Extreme close-up di bahagian mata atau mulut. Kadang-kadang camera akan pan untuk 4-5 saat.
  • Latar belakang berwarna (tanpa imej) untuk pergerakan yang pantas.
  • Watak membelakangi camera ketika bercakap – untuk elakkan daripada perlu animate pergerakan mulut.
  • Scene pertarungan di awan atau padang pasir. Memudahkan animator daripada melukis banyak latar belakang.
  • Letupan melampau-lampau. Satu letupan memakan masa sehingga 2-3 minit. Belum masuk bab scene nak tunggu asap tu hilang lagi.

 

KESIMPULAN

Dari segi medium, kartun, anime dan animasi adalah merujuk kepada perkara yang sama -animasi. Mungkin kerana perbezaan fahaman dan geografi, maka ramai yang menganggap ia adalah perkara yang berbeza. Akan tetapi perbezaan yang sebenar terletak pada cara penyampaian. Setiap medium mempunyai teknik penyampaian berbeza – dan ditujukan untuk golongan yang berbeza. Bagi penulis, penulis tidak mementingkan stail/visual satu-satu animasi/anime/kartun tu, as long as ia menepati selera dan berbaloi ditonton.

Isnin, 4 April 2011

Falsampah tentang melukis

Terkadang-kadang penulis akan masuk ke dalam dunia pemikiran dan berfalsafah dengan diri sendiri. Seakan satu proses muhasabah diri untuk menilai setakat mana kemajuan diri dan apakah yang perlu dilakukan untuk memperbaiki diri. Bagai satu pit stop untuk memeriksa setiap bahagian sebelum meneruskan pengembaraan.

Adakalanya penulis terfikir mengapa penulis.. well.. melukis. Soalan yang sangat mudah tetapi sangat susah untuk dijawab.

Adakah penulis melukis kerana suka-suka? Adakah penulis mahukan nama dan kemahsyuran? Adakah penulis sememangnya berbakat dalam lukisan? Adakah melukis ini dapat menjamin masa depan penulis? Dapat memberikan wang dan kekayaan? Melukis dapat memberikan ketenangan minda? Keabadian jiwa? Adakah penulis cuba melukis untuk dijadikan jalan untuk berdakwah? Menyebarkan fahaman dan ideologi? Menyalurkan propaganda dan brainwash mentaliti anak muda?

Walau apapun tujuan seseorang itu berkarya, ia dapat dibahagikan kepada dua sebab utama; berkarya to impress (menunjuk) ataupun berkarya to express (meluahkan). Ada sesetengah orang yang suka berkarya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Contoh ini boleh dilihat di dalam website deviantART. Hatta lukisan yang dilukis menggunakan hidung kaki juga dipamerkan di sini. Tidak dinafikan ada juga lukisan yang cantik tahap dewa seperti ini dan juga ini, tetapi banyak juga lukisan yang bakal membuat penonton mahu melakukan seppuku apabila melihatnya terlalu lama seperti ini. DeviantART tidak bersalah dalam hal ini kerana deviantART cuma mahu menghasilkan keuntungan menggalakkan orang ramai berkarya.

Bagi pelukis-pelukis jenis ini, komen dan pujian merupakan satu-satunya alasan mengapa mereka berkarya. Mereka mendapat semacam endorphin apabila menerima komen dan kata-kata manis tentang artwork mereka. Samada lukisan itu sewajarnya ditayangkan atau tidak merupakan perkara nombor 8. Tidak cukup dengan itu, andainya mereka ada Facebook (mana ada orang yang takder Facebook?), mereka akan letakkan lukisan mereka di wall sambil tag beberapa orang dengan harapan kawan-kawan mereka akan memberikan komen.

Pelukis spesis impress ini biasanya memilih subjek yang mudah dilukis sekaligus meningkatkan daya produktiviti mereka. Antara contoh karya yang menjadi taruhan adalah gadis seksi, watak manga/anime, mecha (Gundam, Kamen Rider, dan lain-lain robot), watak chibi/cute, anatomi ala manga/Hong Kong, dan juga character design ala video game. Realisme bukan merupakan perkara utama kerana pelukis spesis ini juga cuba lari daripada dunia nyata yang kononnya tidak menarik jika dibandingkan dengan lukisan mereka.

Ada juga pengkarya yang berkarya untuk express (meluahkan) apa yang dirasa. Pelukis jenis ini biasanya memencilkan diri di pulau yang tidak berpenghuni dan kewujudan mereka hanya disedari oleh segelintir manusia (yang biasanya datang ke pulau terpencil itu secara tidak sengaja).

Antara subjek lukisan yang menjadi pilihan pelukis spesis ini adalah still life, haiwan, alam semulajadi, permandangan, bangunan, dan juga tumbuh-tumbuhan. Ada juga spesis yang hampir berasimilasi dengan alam sehingga mereka pun kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan (baca: tidak terurus dan penuh semak).

Pelukis ini akan meletakkan karya mereka (samada karya agung atau tidak) sama tahap dengan aurat mereka. Sangat fragile dan hanya boleh dilihat oleh pelukis itu sendiri. Melihat hasil lukisan mereka adalah satu taboo yang sangat besar dan mereka akan memberikan 1001 alasan sebelum membenarkan orang lain melihat lukisan mereka. Ada juga yang high dengan lukisan sendiri dan menjadikan lukisan mereka peneman sebelum tidur.

Penulis pernah menjadi pelukis spesis impress buat beberapa ketika. Penulis banyak membuat peniruan dan imitasi dan mengabaikan stail dan teknik sendiri. Oleh kerana terlalu kerap meletakkan karya di Facebook, ada karya penulis yang dicilok dan dijadikan alat untuk mengaut keuntungan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak kurang juga friends yang mem-block dan un-friend kerana tak tahan dengan kerajinan penulis meng-upload artwork.

Lepas tu penulis bertransformasi (perkataan paling popular sekarang ni) menjadi spesis pelukis express. Penulis menyimpan semua karya dengan penuh rasa kasih sayang. Hanya beberapa lukisan je yang penulis tunjukkan pada orang lain. Penulis turunkan semua karya dari Facebook dan mulakan blog sendiri. Untuk lukisan-lukisan yang agak sexy keterlaluan, penulis letakkan di deviantART. Dengan cara ini penulis melukis sempadan antara penulis dan audiens. So hanya hanya yang betul-betul berminat dengan karya penulis sendiri sahaja yang akan melepasi garisan itu dan dapat menjumpai karya penulis.

Orang kata seniman itu hanya akan menjadi terkenal apabila sudah tiada di dunia. Jadi sementara penulis masih hidup, penulis akan teruskan berkarya di pulau asing ini. Samada ada orang yang menjumpai penulis atau tidak, itu merupakan perkara nombor 32. Penulis mungkin tidak hidup lama di dunia, tapi harapnya karya dan legasi penulis akan kekal dan dikenang biarpun penulis berada 7 kaki di dalam tanah.

Nota kaki: Blog ini diterbitkan secara automatik. Jadi jangan terperanjat jika mendapati blog ini masih lagi aktif walaupun penulis telah tiada.

Ahad, 3 April 2011

Anatomi – Bibir dan mulut

Dah lama tak post lukisan anatomi dalam blog. Kali ni penulis fokuskan pada bahagian mulut dan bibir. Cabaran bila nak melukis bibir adalah untuk menampakkan bentuk bibir tetapi tidak tidak keterlaluan. Melukis lidah juga satu cabaran. Anyway, lukisan ni banyak memberi pendedahan kepada value dan tekstur bibir. Pujian untuk diri sendiri.

anatomyLips

Penulis akan postkan lebih banyak lukisan lagi lepas ni.

Cover untuk komik AI

coverEp01Mungkin kerana terlalu ghairah untuk upload komik ke blog, penulis (hampir) terlupa untuk sertakan sekali cover. Seribu kemaafan daripada penulis.

Sabtu, 2 April 2011

Artwork lama – Mockup film poster

Pada tahun 2006, penulis masih lagi menggunakan Adobe Photoshop 7 walaupun ramai kawan-kawan penulis yang dah mula menggunakan Adobe Photoshop CS. Walaupun masih baru dan mempunyai splash screen yang cantik (bulu-bulu yang yang berwarna-warni), Photoshop CS masih lagi tidak stabil dan selalu freeze bila buat artwork yang besar.

Ini antara artwork yang penulis dapat banggakan. Bukan sahaja artwork ni mempunyai visual yang menarik (imej lelaki yang keluar dari air dan kelihatan muda), tetapi juga mempunyai saiz dimension yang besar (3508 x 4961 pixel)! Dan penulis hasilkan poster ni dengan Adobe Photoshop 7. Cool, huh?

Cool Poster 02

Kalau ada yang tak percaya, boleh klik pada imej dan download sendiri. Hati-hati ya. Saiznya boleh mencecah 8.39MB.

By the way, poster ini adalah sebahagian daripada assignment untuk menghasilkan poster filem dengan menggunakan tema Cool. Penulis ambil imej daripada iklan Levis. Sayangnya iklan tu dah hilang daripada simpanan penulis.

Buat masa sekarang, penulis masih setia dengan Photoshop CS4 dan Illustrator CS3, walaupun ramai kawan-kawan penulis yang memujuk supaya bertukar ke CS5. What can I say, penulis kan degil orangnya..

Komik AI - Prolog

Sekian lama dalam pembikinan, akhirnya siap juga komik sulung untuk tahun 2011. Dengan bangganya penulis persembahkan- AI! (tepukan gemuruh)

AI page1

AI page2 AI page3 AI page4 AI page5 AI page6 AI page7 AI page8 AI page9 AI page10

Bagaimana? Terlalu pendek? Nantikan sambungan komik AI ni di kedai berhampiran dalam masa terdekat. Sebarang komen, pandangan, kritikan dan kutukan boleh diberikan. Anyway, thanx kerana sudi membaca komik digital penulis ni.

Dilemma warna kulit

Post kali ini tidak berkaitan dengan dasar perkauman atau perbezaan warna kulit.
Apakah warna / skintone bagi manusia? Oren? Coklat? Mungkin ada sebilangan pelukis yang menjawab warna kuning langsat atau warna krim. Tidak kurang juga pelukis yang beranggapan bahawa kulit manusia berwarna jingga atau coklat. Ada juga yang mengatakan bahawa kulit kita berwarna sawo matang (coklat gelap).
Secara amnya, kita boleh mengkategorikan warna kulit manusia berdasarkan kedudukan geografi. Warna kulit bagi orang yang tinggal di benua Afrika secara amnya lebih gelap jika dibandingkan dengan warna kulit orang yang tinggal di benua Asia. Lihat infografik di bawah:
Unlabeled_Renatto_Luschan_Skin_color_map
Pembahagian warna kulit manusia berdasarkan kedudukan geografi.
Setiap kali ingin mewarnakan kulit atau anggota tubuh badan manusia, ramai pelukis yang akan merujuk kepada skim atau swatch skintone. Antara palet dan swatch yang penulis gunakan sebelum ini:
human skin tone color

skincolorswatchesbydevi
Penggunaan swatches seperti ini tidak dinafikan akan memudahkan proses melukis dan mewarna. Persoalan yang timbul adalah: Adakah ini merupakan representasi sebenar warna kulit? Atau untuk soalan yang lebih dalam lagi; apakah warna sebenar bagi kulit.
Selepas berkali-kali membuat kajian dan bertanya pada pelukis yang berpengalaman, jawapannya adalah amat mengejutkan.
Tiada warna / hue /skintone yang tepat bagi warna kulit. Warna kulit bergantung kepada warna dan mood cahaya persekitaran. Samada warna kulit kelihatan tepat atau tidak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh value / nilai terang gelap.

Jadi semua warna pun boleh digunakan sebagai warna kulit / skintone? Kenapa nak gunakan warna yang pelik-pelik (seperti biru atau hijau sebagai warna kulit? Antara penggunaan yang paling mudah adalah untuk menimbulkan pelbagai ekspressi dan mood. Lihat contoh dibawah:


Beberapa contoh lain boleh di lihat di sini dan di sini.
Ini pula contoh lukisan yang penulis hasilkan sendiri:

Harapnya post ini dapat menjawab beberapa persoalan tentang warna kulit / skintone. Jika ada sebarang kekeliruan, jangan segan rujuk wikipedia bertanya.
Untill next post. (poof!)

Adobe Photoshop versi Bahasa Malaysia

Baru-baru ini, Adobe Photoshop telah mengeluarkan siri Adobe Creative Suit (CS) dalam versi Bahasa Malaysia. Penulis telah berjaya mendapatkan satu salinan Adobe Photoshop CS4 dan mencuba sendiri di komputer penulis. Ini antara beberapa screenshot perisian Adobe Photoshop CS4 versi Bahasa Malaysia. Dibawakan eksklusif hanya di Kidd Kanvas.

Photoshop BM Splash Photoshop Screen Photoshop Screen New Photoshop Screen Menu

Ada beberapa translasi yang melucukan. Tapi secara keseluruhannya nampak not bad. Ada sesiapa yang berminat untuk dapatkan Adobe Photoshop versi Bahasa Melayu ni?

 

Sebenarnya…

 

APRIL FOOL!

Ini adalah screenshot perisian Adobe Photoshop CS4 yang penulis ubah sendiri dengan menggunakan.. well.. Adobe Photoshop juga. Sebenarnya ini adalah antara latihan photomanipulation. Dulu penulis rajin gunakan Photoshop untuk buat photomontage dan editing. Jadi untuk mengelakkan skill tu berkarat, penulis sekali-sekala ‘lepaskan geram’ dengan buat latihan macam ni. Dalam photomanipulation, perkara yang perlu diingat adalah ‘editing yang dibuat hendaklah halus (subtle) sehingga tidak dapat dibezakan dengan yang asal’.

Siapa kata penulis hanya pandai melukis sahaja? (senyum).

Jumaat, 1 April 2011

Artwork lama – Redesign jurnal Wacana Seni

Wacana Seni merupakan jurnal tahunan yang dikeluarkan oleh Pusat Seni USM dan merekodkan perkembangan seni di USM. Malangnya tidak ramai yang tahu tentang kewujudan jurnal Wacana Seni ni (penulis pun tak tahu pada mulanya). Jadi penulis mengambil inisiatif untuk mereka semula (redesign) layout Wacana Seni dan memberikan nafas baru kepada jurnal ini.

Hasilnya?

wacana seni 1

wacana seni 2 Artwork ini penulis hasilkan sekitar tahun 2005 ketika praktikal di Buckingham Premium Sdn. Bhd. di Pulau Pinang. Penulis berharap sangat jika design ni dapat diterima pihak USM sekaligus mencetak Wacana Seni dalam design yang lebih ‘funky’. Dapatlah penulis bagitau pada kawan-kawan ‘Aku la yang design benda ni!’. Kerek tak?

Takkan baca je? Komen sikit..

Link