Isnin, 4 April 2011

Falsampah tentang melukis

Terkadang-kadang penulis akan masuk ke dalam dunia pemikiran dan berfalsafah dengan diri sendiri. Seakan satu proses muhasabah diri untuk menilai setakat mana kemajuan diri dan apakah yang perlu dilakukan untuk memperbaiki diri. Bagai satu pit stop untuk memeriksa setiap bahagian sebelum meneruskan pengembaraan.

Adakalanya penulis terfikir mengapa penulis.. well.. melukis. Soalan yang sangat mudah tetapi sangat susah untuk dijawab.

Adakah penulis melukis kerana suka-suka? Adakah penulis mahukan nama dan kemahsyuran? Adakah penulis sememangnya berbakat dalam lukisan? Adakah melukis ini dapat menjamin masa depan penulis? Dapat memberikan wang dan kekayaan? Melukis dapat memberikan ketenangan minda? Keabadian jiwa? Adakah penulis cuba melukis untuk dijadikan jalan untuk berdakwah? Menyebarkan fahaman dan ideologi? Menyalurkan propaganda dan brainwash mentaliti anak muda?

Walau apapun tujuan seseorang itu berkarya, ia dapat dibahagikan kepada dua sebab utama; berkarya to impress (menunjuk) ataupun berkarya to express (meluahkan). Ada sesetengah orang yang suka berkarya untuk ditunjukkan kepada orang lain. Contoh ini boleh dilihat di dalam website deviantART. Hatta lukisan yang dilukis menggunakan hidung kaki juga dipamerkan di sini. Tidak dinafikan ada juga lukisan yang cantik tahap dewa seperti ini dan juga ini, tetapi banyak juga lukisan yang bakal membuat penonton mahu melakukan seppuku apabila melihatnya terlalu lama seperti ini. DeviantART tidak bersalah dalam hal ini kerana deviantART cuma mahu menghasilkan keuntungan menggalakkan orang ramai berkarya.

Bagi pelukis-pelukis jenis ini, komen dan pujian merupakan satu-satunya alasan mengapa mereka berkarya. Mereka mendapat semacam endorphin apabila menerima komen dan kata-kata manis tentang artwork mereka. Samada lukisan itu sewajarnya ditayangkan atau tidak merupakan perkara nombor 8. Tidak cukup dengan itu, andainya mereka ada Facebook (mana ada orang yang takder Facebook?), mereka akan letakkan lukisan mereka di wall sambil tag beberapa orang dengan harapan kawan-kawan mereka akan memberikan komen.

Pelukis spesis impress ini biasanya memilih subjek yang mudah dilukis sekaligus meningkatkan daya produktiviti mereka. Antara contoh karya yang menjadi taruhan adalah gadis seksi, watak manga/anime, mecha (Gundam, Kamen Rider, dan lain-lain robot), watak chibi/cute, anatomi ala manga/Hong Kong, dan juga character design ala video game. Realisme bukan merupakan perkara utama kerana pelukis spesis ini juga cuba lari daripada dunia nyata yang kononnya tidak menarik jika dibandingkan dengan lukisan mereka.

Ada juga pengkarya yang berkarya untuk express (meluahkan) apa yang dirasa. Pelukis jenis ini biasanya memencilkan diri di pulau yang tidak berpenghuni dan kewujudan mereka hanya disedari oleh segelintir manusia (yang biasanya datang ke pulau terpencil itu secara tidak sengaja).

Antara subjek lukisan yang menjadi pilihan pelukis spesis ini adalah still life, haiwan, alam semulajadi, permandangan, bangunan, dan juga tumbuh-tumbuhan. Ada juga spesis yang hampir berasimilasi dengan alam sehingga mereka pun kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan (baca: tidak terurus dan penuh semak).

Pelukis ini akan meletakkan karya mereka (samada karya agung atau tidak) sama tahap dengan aurat mereka. Sangat fragile dan hanya boleh dilihat oleh pelukis itu sendiri. Melihat hasil lukisan mereka adalah satu taboo yang sangat besar dan mereka akan memberikan 1001 alasan sebelum membenarkan orang lain melihat lukisan mereka. Ada juga yang high dengan lukisan sendiri dan menjadikan lukisan mereka peneman sebelum tidur.

Penulis pernah menjadi pelukis spesis impress buat beberapa ketika. Penulis banyak membuat peniruan dan imitasi dan mengabaikan stail dan teknik sendiri. Oleh kerana terlalu kerap meletakkan karya di Facebook, ada karya penulis yang dicilok dan dijadikan alat untuk mengaut keuntungan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tidak kurang juga friends yang mem-block dan un-friend kerana tak tahan dengan kerajinan penulis meng-upload artwork.

Lepas tu penulis bertransformasi (perkataan paling popular sekarang ni) menjadi spesis pelukis express. Penulis menyimpan semua karya dengan penuh rasa kasih sayang. Hanya beberapa lukisan je yang penulis tunjukkan pada orang lain. Penulis turunkan semua karya dari Facebook dan mulakan blog sendiri. Untuk lukisan-lukisan yang agak sexy keterlaluan, penulis letakkan di deviantART. Dengan cara ini penulis melukis sempadan antara penulis dan audiens. So hanya hanya yang betul-betul berminat dengan karya penulis sendiri sahaja yang akan melepasi garisan itu dan dapat menjumpai karya penulis.

Orang kata seniman itu hanya akan menjadi terkenal apabila sudah tiada di dunia. Jadi sementara penulis masih hidup, penulis akan teruskan berkarya di pulau asing ini. Samada ada orang yang menjumpai penulis atau tidak, itu merupakan perkara nombor 32. Penulis mungkin tidak hidup lama di dunia, tapi harapnya karya dan legasi penulis akan kekal dan dikenang biarpun penulis berada 7 kaki di dalam tanah.

Nota kaki: Blog ini diterbitkan secara automatik. Jadi jangan terperanjat jika mendapati blog ini masih lagi aktif walaupun penulis telah tiada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link