Khamis, 16 Ogos 2012

Progress penghasilan kad raya 2012

Kad Raya Step 08

Proses penghasilan kad raya yang penulis lukis sendiri.

Kad Raya Step 01

Mula-mula penulis buat lakaran kasar dengan menggunakan MyPaint. Cukup sekadar outline untuk membantu proses pewarnaan nanti.

Kad Raya Step 02

Selepas tu, penulis gunakan berus yang besar dan letakkan warna asas. Penulis gunakan warna neutral sebagai warna asas.

Kad Raya Step 03

Penulis mula warnakan bahagian lain. Penulis cuba elakkan mewarna terlalu detail.

Kad Raya Step 04Kad Raya Step 05

Penulis mula fokuskan pada kawasan bayang-bayang dan letakkan highlight pada kawasan yang mengadap matahari.

Kad Raya Step 06

Penulis buka Photoshop dan adjust saturation dan level supaya lebih menyerlah. Teks dan gradient juga dibuat menggunakan Photoshop.

Kad Raya Step 07

Akhir sekali penulis letakkan pattern dan color filter sebagai sentuhan terakhir.

Kad Raya Step 08

Dah siap kad raya ni. Penulis ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca setia blog Hikayat Pereka Grafik Picisan ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link