Jumaat, 17 Ogos 2012

Font minggu ini: Arial & Helvetica (keputusan)

Apakah perbezaan antara font Arial dan Helvetica? Ada sesiapa yang boleh bezakan?

Arial-Helvetica_thumb

Antara dua teks di atas, yang mana satu merupakan font Arial? Yang mana pula font Helvetica?

Jawapannya: Tulisan atas adalah Helvetica, manakala tulisan di bawah adalah Arial.

Helvetica mempunyai beberapa perbezaan dengan Arial, antaranya:

  • Helvetica mempunyai potongan menegak atau lurus. Ciri ini boleh dilihat dalam huruf t, r, f dan C. Arial mempunya potongan yang condong.
  • Huruf G dalam Helvetica mempunyai ‘ekor’. G dalam Arial tidak mempunyai ‘ekor’.
  • ‘Ekor’ huruf R dalam Helvetica dan Arial adalah berbeza.

Huruf R Helvetica adalah berwarna merah, manakala Arial dalam warna biru.

  • Huruf Q dalam Helvetica adalah lurus. Huruf Q dalam Arial adalah beralun.

Helvetica

Arial

Helvetica merupakan font rasmi bagi produk Apple seperti iPhone dan iPad. Arial pula merupakan font rasmi bagi pengguna Windows. Walaupun kedua-dua font ini kelihatan seakan sama, seorang designer perlu belajar mencari perbezaan antara kedua font ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link