Selasa, 21 Ogos 2012

Font minggu ini: Trebuchet MS

Font Trebuchet di LRT Maluri

Trebuchet MS adalah font sans serif yang direka oleh Vincent Connare pada tahun 1996. Ia dipanggil ‘Trebuchet’ yang bermaksud ‘lastik gergasi’.

TrebuchetMS

Antara ciri-ciri font Trebuchet MS:

  • Huruf M yang condong sebanyak 10º daripada garis menegak.
  • Huruf Q yang mempunyai ‘ekor’.
  • Huruf A yang agak rendah.
  • Titik pada huruf i dan j adalah berbentuk bulatan.
  • Hujung huruf l yang sedikit melengkung.

Microsoft merujuk Terbuchet MS sebagai font yang baik untuk laman web.

Font Trebuchet juga merupakan font untuk title bar bagi Windows XP.

Trebuchet MS merupakan font default bagi Windows sejak WIndows 2000. Ia juga boleh didapati dalam Mac OS X dan iOS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link