Kalau hendak jadi pelukis, seseorang perlu ada kemahiran mewarna. Akan tetapi bagaimana hendak mengasah skill mewarna? Satu caranya adalah dengan berlatih kepekaan kepada warna.
Salah satu laman web yang boleh kita ‘main’ untuk mengasah kepekaan pada warna adalah Color – Method of Action. Caranya mudah sahaja; pilih dan klik warna pada roda warna seperti yang dipaparkan di tengah-tengah roda warna. Jangan lambat sangat kerana masa adalah terhad.
Ia akan melatih kepekaan kepada Hue, Saturation, Complementary, Analogous, Tertiary dan Quaternary. Setiap bahagian adalah lebih susah daripada bahagian sebelumnya. Jangan cepat tertekan dan cuba fokus pada warna yang dipaparkan.
Selepas habis satu sesi, ia akan menilai keseluruhan markah. Jika berjaya capai markah 8 ke atas, kira hebat la tu. Kalau tak berjaya, jangan putus asa, boleh cuba lagi. Ingat, anggap ia sebagai latihan untuk meningkatkan kepekaan kepada warna.
Jadi berapa markah yang anda dapat? Jangan segan untuk berkongsi dalam komen di bawah. Selamat mencuba.
Pautan: Color - Method of Action.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan