Selasa, 28 Ogos 2012

Tiada lagi imej resolusi tinggi


Setelah hampir dua bulan penulis bertapa dan membuat pertimbangan, akhirnya penulis membuat keputusan untuk tidak meletakkan imej beresolusi tinggi di dalam blog ini.

 

Wait. Kenapa pulak?

Pertama sekali penulis cuba untuk menjimatkan ruang dalam Picasa Web Album ni. Pakcik Google cuma bermurah hati untuk berikan ruang sebanyak 5GB secara percuma. Kalau nak lebih lagi kena bayar la.

Penulis cuba cari beberapa servis yang menawarkan simpanan secara percuma (dan unlimited storage) seperti Let’s Crate, Dropbox dan Windows SkyDrive.

Tetapi kebanyakannya lambat dan mengenakan bayaran.

Servis yang paling cantik adalah SkyDrive, yang mana Microsoft menawarkan simpanan sebanyak 25GB tetapi hanya terhad kepada pengguna Hotmail dan Windows Live sahaja.

Kedua penulis tak nak upload gambar yang sama banyak kali. Setiap kali penulis siapkan satu artwork, penulis perlu upload ke DeviantART, Facebook, Blog dan Twitter. Jadi penulis perlu fikirkan cara untuk kurangkan upload tetapi pada masa yang sama boleh diakses dari semua platform tu.

Jadi penulis ambil keputusan untuk letak semua artwork di DeviantART dan link semula ke blog ni.

Tetapi DeviantART boleh upload imej resolusi tinggi. Kenapa tak nak upload imej bersaiz besar di DeviantART?

Ini ada kaitan dengan sebab yang ketiga; penulis tidak mahu artwork penulis dicilok dan digunakan untuk mengaut keuntungan. Penulis pernah nampak artwork penulis menjadi design untuk name card sebuah syarikat di Terengganu. Siap ada watermark lagi.


Berbalik kepada topik asal.

Penulis mahu berkongsi artwork dengan para pembaca tetapi penulis tidak mahu mengabaikan hak penulis sebagai artis. Penulis tak mahu orang lain mengambil kesempatan dan menggunakan karya penulis tanpa kebenaran dan tiada kredit.

Bagi penulis, imej adalah medium untuk menyampaikan idea dan maklumat. Tapi then again a picture is worth a thosand words..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link