Kali ni penulis nak tunjukkan artwork semasa study di USM Penang dulu. Sangat noobie so jangan komen teruk-teruk, ok?
Aleeyah & car, antara cubaan pertama untuk mewarna secara digital. Masa ni still guna Photoshop 7 dan guna mouse dan keyboard jer. Oh ya, karakter Aleeyah tu dilukis atas kertas dan discan terus ke Photoshop 7. Mana ada tablet masa nie.
Masa ni penulis tengah layan 2 game paling best (masa tu la): Need For Speed Underground dengan Max Payne 2. Kereta RSX tu penulis trace guna Illustrator 10. Background tu plak merupakan printscreen daripada game Max Payne 2.Setelah di’merge’ dalam Photoshop, maka inilah hasilnya..
Pada suatu hari, pensyarah beri tugasan untuk hasilkan cover majalah guna Photoshop. Masa ni majalah Gempak memang tengah hot di pasaran, so rasanya tak salah kalau gunakan konsep dan pendekatan majalah Gempak untuk design cover majalah ni. Kereta dan masthead tu dilukis dalam Illustrator 10. Fakta menarik: Saiz akhir untuk fail Photoshop ni adalah 100MB. Masa ni takde pendrive lagi. Macam mana nak save dan print kat kedai?
Broshur untuk event Digital Original. Ok, memang ada feel The Matrix. Tapi ada juga feel CSI dalam ni. Tak percaya? Cuba tengok cap jari tu.
Papa dan Nana. Inilah karekter pertama yang aku lukis untuk dijadikan animasi Sehari Di Pulau Pinang. Secara personal, watak-watak ni masih lagi ‘hidup’ dalam hati penulis. Lepas ni rasanya nak buat sequel plak.
Signage untuk Pusat Bahasa USM. Just proposal jerk.
Poster filem (kononnya). Enough said.
Macam mana nak belajar 3D kalau komputer kita cuma ada 256MB RAM? Bunyi macam mustahil je. Tapi penulis berjaya buktikan bahawa dengan komputer 256MB RAM pun, kita boleh render scene 3D. Siap buat animasi pendek lagi. Tapi takde lah smooth dan real macam animasi PIXAR tu. Lupa nak cakap, penulis gunakan perisian Swift3D Version 4 untuk model kereta Proton Saga ni. Apa? Takder rupa Proton Saga?
Ok, penulis nak sambung buat artwork plak. Nak belajar shading secara digital. Chow.. (Poof!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan