Apakah warna / skintone bagi manusia? Oren? Coklat? Mungkin ada sebilangan pelukis yang menjawab warna kuning langsat atau warna krim. Tidak kurang juga pelukis yang beranggapan bahawa kulit manusia berwarna jingga atau coklat. Ada juga yang mengatakan bahawa kulit kita berwarna sawo matang (coklat gelap).
Secara amnya, kita boleh mengkategorikan warna kulit manusia berdasarkan kedudukan geografi. Warna kulit bagi orang yang tinggal di benua Afrika secara amnya lebih gelap jika dibandingkan dengan warna kulit orang yang tinggal di benua Asia. Lihat infografik di bawah:
Pembahagian warna kulit manusia berdasarkan kedudukan geografi.
Setiap kali ingin mewarnakan kulit atau anggota tubuh badan manusia, ramai pelukis yang akan merujuk kepada skim atau swatch skintone. Antara palet dan swatch yang penulis gunakan sebelum ini:Penggunaan swatches seperti ini tidak dinafikan akan memudahkan proses melukis dan mewarna. Persoalan yang timbul adalah: Adakah ini merupakan representasi sebenar warna kulit? Atau untuk soalan yang lebih dalam lagi; apakah warna sebenar bagi kulit.
Selepas berkali-kali membuat kajian dan bertanya pada pelukis yang berpengalaman, jawapannya adalah amat mengejutkan.
Tiada warna / hue /skintone yang tepat bagi warna kulit. Warna kulit bergantung kepada warna dan mood cahaya persekitaran. Samada warna kulit kelihatan tepat atau tidak sebenarnya lebih dipengaruhi oleh value / nilai terang gelap.
Jadi semua warna pun boleh digunakan sebagai warna kulit / skintone? Kenapa nak gunakan warna yang pelik-pelik (seperti biru atau hijau sebagai warna kulit? Antara penggunaan yang paling mudah adalah untuk menimbulkan pelbagai ekspressi dan mood. Lihat contoh dibawah:
Beberapa contoh lain boleh di lihat di sini dan di sini.
Ini pula contoh lukisan yang penulis hasilkan sendiri:
Harapnya post ini dapat menjawab beberapa persoalan tentang warna kulit / skintone. Jika ada sebarang kekeliruan, jangan segan rujuk wikipedia bertanya.
Untill next post. (poof!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan