Sabtu, 9 April 2011

Sumber inspirasi 1

Kalau tengah bekarya lepas tu tiada idea, memang la satu perkara yang sangat tak syok. So salah satu cara untuk mengatasi masalah ‘art block’ ini adalah dengan mencari sumber inspirasi dengan melihat hasil karya pelukis lain. Ini antara beberapa karya yang menjadi idola dan sumber pembuka idea bagi penulis.

b8769ec27c505698 Karya siri Pepper oleh Artgerm. Warna dan pencahayaan yang sangat lembut tetapi masih mengekalkan gaya ala manganime merupakan kekuatan utama dalam setiap penghasilan karyanya. Sebagai seorang concept artist, Artgerm bijak memanfaatkan setiap ruang dalam karyanya dan cuba menyampaikan mesej secara tersirat. Dalam karya siri Three Kingdoms, warna-warna yang digunakan mempunyai maksud yang tersendiri dan hanya boleh difahami dengan penelitian dan kajian mendalam.

Sebagai seorang pengguna Photoshop dan juga Manga Studio yang agak tegar, tidak hairanlah jika ada yang cuba meniru stail lukisannya. Akan tetapi, seleksi brush dan warna yang digunakan masih lagi kekal menjadi misteri dan Artgerm terus menghasilkan karya yang bukan sahaja penuh daya imaginatif, tetapi juga mempunyai maksud yang halus jika diamati dengan lebih mendalam.

Satu lagi karya yang selalu buat penulis gigit bibir adalah karya Drew Struzan. Brader otai ni memang dah lama berkecimpung dalam bidang ilustrasi. Hasil tangannya selalu digunakan dalam penghasilan poster filem yang top dan gah seperti Star Wars, Indiana Jones, Police Academy, Rambo dan juga The Flinstones.

Drew Struzan suka gunakan medium mix media dalam karyanya. Hasilnya, karya yang seakan hidup dengan sentuhan magis. No wonder la Steven Spielberg berkeras nak Drew Struzan untuk lukiskan poster filem Indiana Jones and the Kingdom of Crystal Skull. Pendek kata, mamat ni memang dah hebat tahap legend.

Ada banyak lagi sumber karya yang dapat dijadikan sumber inspirasi. Penulis akan berkongsi lagi dalam post akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link