Selasa, 1 Mac 2011

Macam mana KIDD melukis?

stillLife

‘KIDD, macam mana ko lukis gambar nie?’

Ini lah salah satu soalan yang penulis rasa sangat susah nak jawab. Penulis takde satu cara yang tetap setiap kali melukis. Gaya dan cara penulis melukis merupakan sesuatu yang subjektif. Kadang-kadang lukisan tu menjadi. Kadang-kadang tidak. Ada juga lukisan yang tak menjadi tu yang menjadi poojaan dan berebut-rebut orang nak bawak balik. Sedangkan lukisan yang dirasakan sangat ‘masterpiece’ mengalahkan Mona Lisa tu takde sapa yang sudi jengah.

Bagi penulis, kemahiran melukis merupakan sesuatu yang berkaitan dengan pemahaman. Jika kita dapat memahami objek yang kita lukis tu, maka lukisan tu akan kelihatan cantik. Begitu juga sebaliknya, jika kita tiada pemahaman pada subjek yang kita lukis, masakan kita dapat melukis dengan cantik.

Dengan kata lain: apabila penulis cuba melukis, penulis tidak menetapkan niat untuk melukis dengan cantik atau lebih baik, sebaliknya penulis cuba untuk meningkatkan pemahaman pada subjek yang cuba dilukis.

‘Bagaimana dengan teknik lukisan pulak. Bukankah teknik lukisan akan membantu kita melukis dengan lebih cantik?’

Penulis setuju dengan pernyataan tu. Pada masa yang sama, penulis juga kurang setuju dengan pernyataan tu. Belajar teknik lukisan tu memang penting. Hatta nak memegang pensil pun memerlukan teknik tersendiri. Tapi setinggi mana pun teknik dan skill melukis yang kita ada, itu tidak menjamin kita dapat melukis dengan lebih baik. Melukis dengan baik dan melukis dengan cantik merupakan perkara yang berbeza.

Ambil contoh seorang pelukis A. Pelukis A memang terer shading dan hatching. Dia ada semua set pensil dari 2B sampai ke 8B. Shading yang pelukis A buat memang real. Suatu hari, pelukis A cuba melukis anatomi. A cuba untuk lorek dan shading tapi lukisan A masih nampak buruk dan cacat. Mata yang dilukis besar sebelah. Tulang bahu entah kemana. Rambut yang dilukis lebih tinggi dari Son Goku.

Datang pula pelukis K. Pelukis K tidak pandai shading. Dia cuma ada sebatang pen sahaja. Biarpun pelukis K tidak pandai shading, tapi K amat arif dan faham tentang anatomi. Dia faham bagaimana tulang dalam badan manusia berfungsi dan dapat menentukan bagaimana kedudukan tulang dan rangka dalam satu-satu pose. K dapat melukis anggota badan dengan sempurna, biarpun tidak menggunakan teknik shading atau hatching.

Dengan kata lain, pelukis A dapat melukis dengan cantik, tapi dia gagal melukis dengan baik. Sebaliknya, pelukis K tidak melukis dengan cantik, tapi dia berjaya melukis dengan baik.

Jadi balik pada topik asal, penulis tidak melukis dengan satu teknik sahaja. Lukisan-lukisan yang penulis hasilkan adalah untuk membantu penulis memahami subjek dengan lebih baik. Penulis berminat dengan anatomi, jadi penulis banyak melukis lukisan anatomi. Penulis berminat ingin tahu tentang perspektif, jadi penulis banyak melukis bangunan-bangunan. Penulis ingin tahu tentang tubuh wanita, jadi penulis pun.. er.. lupakan sajalah.

Teknik dan skill berkait terus dengan medium. Jika kita boleh melukis dengan cantik di atas kertas, tidak bermakna kita boleh melukis dengan cantik secara digital. Jika kita memahami subjek, tak kira lukisan atas kertas atau digital, kita pasti boleh hasilkan lukisan yang baik. At least, itu apa yang penulis rasa.

Sebagai tanda penghargaan, penulis sertakan lukisan yang penulis lukis dalam Photoshop. Inilah hasil lukisan Photoshop pertama untuk tahun 2011 nie.

girl progress 01 girl progress 02

Seperti yang penulis nyatakan sebelum ni, penulis tidak berniat untuk melukis dengan cantik, cuma nak melukis dengan lebih baik. Sudah sampai masanya penulis undur diri. Ciow! (Poof!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link