Sabtu, 22 Oktober 2011

Cara pantas untuk blogging

Ada seorang pembaca bertanya: "Macam mana kau boleh update blog dengan cepat? Bila kau tulis blog ni?"

Sebenarnya takder cara yang pantas untuk menulis blog, cuma gunakan kemudahan yang ada untuk mencepatkan kerja-kerja blogging ni. Penulis cerita tentang software dulu.

Secara tradisionalnya, blogger kena login ke... well... Blogger.com dan dari situ baru la mulakan kerja-kerja menulis. Masalahnya, kalau tiada internet, tak dapat la nak login dalam Blogger dan tak dapat la nak tulis blog. So ada cara ke nak tulis blog walaupun ketika offline?

Caranya dengan guna offline blog editor seperti Windows Live Writer atau Scribefire untuk tulis blog. Bila dah ada internet connection, boleh terus publish. Kalau tak mahu susah-susah install software, boleh terus tulis blog guna Microsoft Word dan save. Bila ada internet, just copy-paste ke dalam blogger. Tak perlu susah-susah nak menulis semula kandungan blog. Jimat masa dan tenaga.

Lagi satu cara untuk blog dengan pantas adalah dengan menjadikan ia satu habit. Ada yang update blog 2 kali sehari. Ada yang update sebulan sekali. Apa pun pastikan kita maintain blog kita supaya pembaca tidak bosan dan (harapnya) akan datang semula pada masa akan datang.

Kalau tiada masa nak update blog setiap minggu, apa kata tulis post banyak-banyak dan setkan supaya post tu publish setiap minggu. Luangkan masa selama beberapa minit dan tulis 2-3 post. Selepas itu setkan setiap post tu untuk publish selang 2 hari. Dengan cara tu kita tak perlu nak publish post baru selama 6 hari.

Ada sebarang idea dan pendapat untuk blogging dengan pantas? Jangan segan untuk berkongsi. Komen je di ruangan di bawah.

1 ulasan:

  1. Salam..
    macam mana nak terus publish post dari Ms Word?saya dah cuba banyak kali tapi still tak boleh dan keluar 1 msg 'Word can't register your account'..username dan password tu yang mana 1 ye?username blogger ataupun username gmail?minta jasa baik awk tlg terangkan lebih detail lg..thanx

    BalasPadam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link