Seringkali bila penulis melukis sesuatu, akan ada orang yang bertanya “Ko lukis apa tu?”. Penulis dengan selamba menjawab: “Aku tak lukis apa-apa. Cuma conteng-conteng je”. Dia akan membalas: “Aik? Takkan ko sendiri tak tahu apa yang kau lukis?”
Perlukah seorang pelukis mengetahui apakah subjek yang dilukisnya? Sudah tentu. Tetapi kadang-kadang subjek yang ingin dilukis BUKAN sebuah objek. Macam mana tu?
Kebanyakan pelukis-pelukis baru akan memilih objek sebagai subjek lukisan. Buah epal, pokok, kereta, manusia, permandangan – semua dikategorikan sebagai objek.
Akan tetapi ada pelukis yang cenderung untuk merakam IDEA – objek merupakan perkara nombor dua. Menjadikan warna sebagai subjek utama dalam lukisan merupakan trademark kepada Mark Rothko. Monet merakamkan permainan cahaya ke atas permukaan objek dan biasanya akan melukis objek yang sama dengan cahaya yang berbeza.
Claude Monet, Le Grand Canal – Oil on canvas
Dan basically itulah yang cuba penulis lakukan sekarang. Selain daripada melukis objek, penulis juga cuba belajar untuk merakamkan cahaya serta basic form. Penulis tidak berharap untuk menghasilkan satu lukisan yang cantik, tapi lebih kepada untuk membina pemahaman dan kesedaran dalam lukisan.
Untuk lukisan di bawah pula, penulis lebih kepada mengkaji warna dan shading. Setakat ini penulis sudah berani menolak teori warna secara berperingkat dan digantikan dengan teori warna moden.
Lupa nak beritahu, sekarang penulis mula berminat dengan Round Brush Tool dalam Photoshop dan cuba untuk menghasilkan lukisan dengan menggunakan satu layer.
Ada sebarang pendapat? Jangan segan-segan bagi komen di bawah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan