Katakan anda mendesign grafik dengan menggunakan Illustrator. Selepas itu anda mahu transfer fail Illustrator tu kepada Photoshop. Anda boleh import fail Illustrator tu terus dari Photoshop, tapi semua layers akan di flatten kan. Dan semua designer tahu bahawa layer yang dah di flatten kan adalah sesuatu yang tidak baik.
Jadi bagaimana untuk kekalkan layers dalam file Illustrator apabila kita menggunakan Photoshop?
Ada yang kata transfer file Illustrator. Ada yang kata convert file. Tapi basically, ia adalah benda yang sama je.
Cara yang paling praktikal yang penulis gunakan untuk selesaikan masalah ini adalah dengan menggunakan Export (File>Export..) dan pilih Photoshop. Satu windows kecil akan muncul. Pastikan option Write Layer dipilih. Rujuk gambar di bawah.
Kita juga boleh pilih resolution dan juga color model. So tiada lah masalah dengan ‘color lari’ atau warna tak sama bila buka file Illustrator dalam Photoshop.
Ada sebarang masalah apabila cuba convert file Illustrator kepada Photoshop? Nyatakan dalam ruangan di bawah. Selamat mencuba!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan