Khamis, 27 Oktober 2011

Sharing di Facebook is caring?

Sejak dua menjak ni penulis kerap sangat dapat notification di Facebook. Kawan-kawan (?) penulis semakin aktif berkongsi maklumat di Facebook. Ada yang sharing kata-kata pujangga. Tak kurang juga yang sharing gambar-gambar cute. Tapi kebanyakannya berkongsi tentang pengetahuan dan juga kontroversi.

Penulis bukan marah kalau kawan-kawan Facebook tu nak berkongsi maklumat. Bahkan berkongsi maklumat ni adalah perkara yang baik. Kita saling mengingatkan. Tetapi perkongsian ini juga mendatang kesan negatif kepada si pengongsi dan juga audiens yang dikongsinya.

Penulis ambil contoh kes budak yang kena langgar dengan van dan tiada orang yang sudi menolong di China baru-baru ini. Ramai giler yang post status dan juga upload video yang menunjukkan rakaman bagaimana budak tu kena langgar. Ramai jugak yang share sambil tag kawan-kawan mereka seuruh tengok video tu. Dan masing-masing memberikan komen-komen yang penulis rasa agak keterlaluan. Ada yang kata orang cina tidak ada hati perut, sanggup biarkan budak tu tanpa bantuan.

Tidak lama kemudian, ada orang share dan beritahu kenapa tiada orang yang tolong budak yang kena langgar tu. Rupa-rupanya jika ada orang yang menolong orang lain yang dalam kesusahan, si penolong tu kena bertanggungjawab ke atas si mangsa termasuk menanggung pembiayaan bil hospital dan juga kos sara hidup. Tambahan pula si penolong mungkin akan menjadi mangsa penipuan dan penculikan.

Persoalannya, bagaimana dengan komentar-komentar yang diberikan kepada kaum cina yang secara terang membidas mengapa mereka tidak mempunyai sebarang belas kasihan? Tindakan menolong orang lain merupakan satu amalan mulia di kalangan masyarakat Malaysia, tetapi tindakan menolong orang lain merupakan sesuatu yang cuba dielakkan oleh masyarakat di China. Jadi kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghukum seseorang itu salah kerana betul dan salah adalah sesuatu yang sangat subjektif dalam masyarakat majmuk.

Bagaimana pula dengan orang yang share 'maklumat' dan 'pengetahuan' di Facebook?

Apabila seseorang itu mendapat maklumat baru, dia akan rasa 'benda macam ni kena kongsi dengan kawan-kawan'. Jadi mereka pun tekan butang share dan publish kat wall kawan-kawan Facebook. Masalahnya, hampir 50% maklumat yang dikongsikan itu adalah maklumat yang tidak tepat atau bias. Jangan minum Coke dengan Mentos? Lame. Jangan pakai contact lens bila bakar BBQ? Busted. Jumpa bangkai ikan duyung? Palsu semata.

Penulis kadang-kadang rasa kasihan dengan kawan-kawan yang cuba post atau share knowledge tapi akhirnya akan menampakkan kecetekan akal mereka sendiri. It's uncool to show you are cool.

Jadi lain kali sebelum share kat Facebook (atau forward email) tolong buat kajian dulu dan jangan terima segala maklumat melulu dan memb*bi buta. Internet adalah sumber maklumat tetapi maklumat yang sampai dan tak bernilai yang lebih senang menarik perhatian orang ramai.

Extra: Pautan untuk kenalpasti kesasihan sebarang berita/maklumat yang diperolehi di internet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link