Jumaat, 25 Mac 2011

Melukis Komik – Idea dan lakaran kasar

Mahu lukis komik tapi tak tahu macam mana nak mulakan? Takper, penulis faham macam mana perasaannya. Dengan rasa berat hati besar hati, penulis akan berkongsi cara bagaimana penulis menghasilkan komik. Sebelum menghasilkan komik, apakah perkara yang paling utama sekali?

KERJASAMA! Ye, kena ada cerita dan plot.

Kebanyakan pelukis komik yang baru nak melukis komik biasanya mempunyai idea yang sangat besar dan cuba menghasilkan komik dengan jalan cerita yang berat. Ramai yang terpengaruh dengan stail manga yang mempunyai pelbagai plot dengan jalan cerita meleret-leret. Saya nak hasilkan komik tentang pemburu hantu yang bercita-cita untuk memburu semua hantu di dunia ini. Really? Berapa mukasurat komik tu? Berapa tahun baru boleh siap? Berapa banyak watak nak lukis? 10? 20? 100? Larat ke nak lukis hantu banyak-banyak? Entah-entah baru masuk chapter ujian peperiksaan untuk dapatkan lesen berburu hantu, dah tak larat nak melukis lagi.

Naruto26-03

Komik Naruto yang aksi berlawannya sampai 4-5 episod. Tidak termasuk lagi adegan bercakap-cakap sebelum berlawan.

Buat masa ni, tak perlu fikir plot yang berat-berat seperti menghapuskan makhluk asing yang datang ke bumi untuk mencuri biji koko. Cerita yang berat akan memerlukan banyak watak. 2-3 watak biasanya sudah cukup bagi komik 6 muka.

Cuba ambil kisah yang ringkas seperti tertukar handphone lepas tu jatuh cinta. Tak perlu watak yang banyak. 2 watak pun dah cukup. Tak perlu nak lukis background banyak-banyak. Character design pulak jangan terlalu detail sangat. Pelukis dah hasilkan dua character untuk cerita komik ni. Dapat bezakan mana hero dan heroin tak?

character

   Lakaran watak untuk komik.

Bila dah ada watak dan jalan cerita, sekarang kita akan buat draf untuk panel komik. Sebenarnya takde peraturan khusus untuk buat panel komik ni. Cuma kita kena ingat bahawa panel komik perlu disusun supaya memudahkan pembacaan dan tidak mengelirukan pembaca. Ketika buat draf, penulis biasanya akan lebih menumpukan pada komposisi keseluruhan komik. Jika ada panel yang terlebih besar atau terlalu kecil, penulis akan ubah saiz panel tu supaya lebih banyak ruang untuk lukisan nanti.

draftResize Contoh panel komik untuk komik 6 muka surat.

Beberapa tips semasa buat draf komik:

  • Mulakan panel dari kiri ke kanan. Jika nak hasilkan manga, boleh la buat panel dari kanan ke kiri (seperti buku jawi).
  • Pastikan draf tidak melebihi bilangan muka surat yang dirancangkan. Dalam kes ini, 6 muka surat.
  • Lukis keseluruhan draf, jangan terlalu detail. Tujuan draf adalah untuk mengetahui perjalanan cerita (seperti animatics dan storyboard).
  • Tulis nota di tepi draf untuk scene yang kompleks/perlukan lebih detail.
  • Peruntukkan panel yang besar untuk scene yang kompleks/banyak background. Elakkan guna panel besar untuk closeup melainkan jika perlu sahaja.

Lepas ni penulis akan terangkan tentang inking pula. (poof!)

7 ulasan:

  1. nak tanya.. mcm mana nak publish komik sendiri!! aku ni dah la penganggut.. minta kerja semua tak dapat.. org dah pandang serong kat aku!! skrg ni projek aku adalah komik! ce bagi idea mcm mana nak publish komik.. kalo lukis sehari 2 muka surat, 2 bulan dah ada 120 muka surat.. dah boleh hasilkan komik.. tapi masalahnya mcm mana nak publish.. nak hantar kat 7e ke maidin ke takkan bawak pakai tangan mintak tolong jual?? tolong aku!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak DIY la ni.

      Boleh buat macam ni: Lukis komik sampai tebal (dalam 180 muka surat pun ok) lepas tu cetak/print/fotokopi komik tu banyak-banyak. Boleh guna khidmat kedai printing untuk buat benda ni. Suruh kedai tu binding/buat cover/laminate sekali kalau perlu. Last sekali adalah marketing. Hantar komik yang dah siap tu ke kedai buku/kedai komik atau 7E. Bincangkan cara bayaran (ikut jumlah komik yang laris atau bayar sewa rak buku sehari RM10, ikut kemampuan).

      Kalau tak nak print atau fobia dengan dakwat, boleh cuba jual komik tu secara online. Buat promosi, buat page Facebook dan rajinkan berkarya. Insya-Allah boleh berjaya.

      Padam
  2. lagi satu aku taknak buat kat penerbit buku.. aku nak terbit sendiri.. ada idea??

    BalasPadam
  3. salam , saya nak lukis komik guna kaedah tradisional dan kalau lukis komik kne guna dakwat pen ke ? atau guna pensel sahaja ? mohon tunjuk ajar :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh guna penil untuk buat komik, tapi tidak praktikal kerana pensil susah nak di scan atau fotostat. Pilihan yang lebih baik adalah menggunakan pen atau dakwat. Anything that floats your boat..

      Padam
  4. Tapi biasanya komik kertas dier bersaiz kecil. Saya melukis menggunakan kertas A4. Macam mana tuh?

    BalasPadam
  5. Tapi biasanya komik kertas dier bersaiz kecil. Saya melukis menggunakan kertas A4. Macam mana tuh?

    BalasPadam

Takkan baca je? Komen sikit..

Link