Rabu, 9 Mac 2011

Concept Art 101: Asas Perspektif

(Untuk nota berkaitan dengan perspektif, rujuk post di sini)
Mungkin ada dikalangan pembaca yang pernah melukis perspektif sendiri. Ada yang melukis kiub dan ada juga yang sudah dapat melukis permandangan di bandar. Tapi perkara yang paling ohshait ialah bila ada orang kata bahawa perspektif yang kita lukis tu ada kesilapan. Golddamit! Macam mana nak melukis perspektif tanpa perlu bersusah payah? Mari kita cuba tugasan ni.
***Tugasan 5: Kiub Di Permukaan Rata***
Lukis tiga kiub. Lukis dalam perspektif dua titik lenyap dan pastikan tiada kiub yang berkongsi titik lenyap yang sama. Bayangkan kiub yang bersepah di lantai. Ok, untuk menambahkan lagi keseronokan, label setiap kiub. Untuk kiub yang pertama, tebuk satu lubang. Biar nampak macam keju. Untuk kiub kedua, tambahkan permukaan pada mana-mana sisi. Untuk kiub ketiga, buatlah apa yang dirasakan sesuai. Jangan shading kiub tu dulu. Cuba lukis untuk dapatkan perspektif yang tepat.
Ok, kali ini masa untuk shading. Letak satu sumber cahaya dan cuba lukiskan bayang-bayang pada permukaan kiub tu. Tugasan kali ini memang tak sama seperti melukis bandar futuristik tapi jangan risau. Pelan-pelan kayuh..
Assignment 5 Cube
***Tugasan 6: Kiub Dalam Ruang 3D***
Untuk tugasan kali ini, lukis sebuah kiub menggunakan perspektif dua atau tiga titik lenyap. Tebuk beberapa lubang pada kiub tu. Jangan shading. Buat ringkas-ringkas buat masa ni.
Bila dah lukis kiub tu, cuba lukis semula kiub yang sama tetapi kali ni dari sudut yang lain. Bayangkan kiub tu secara 3D. Lukis kiub yang sama dari sudut pandangan berlainan. Objektif latihan ni adalah untuk membolehkan kita membayangkan objek secara 3D dan melukis semula secara 2D. Ini merupakan perkara yang biasa dibuat oleh concept artist. Mereka membayangkan objek secara 3D dan melukis semula berdasarkan ingatan dan pemahaman mereka.
Assignment 6 Cube in 3D
Tak cukup tugasan? Nak lagi? Tunggu la post akan datang. (poof!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link