Selasa, 28 Jun 2011

Gradient Dalam Illustrator

Sesiapa yang menggunakan Illustrator pasti menghadapi masalah ni bila berdepan dengan gradient – gradient yang melibatkan dua warna (salah satunya adalah warna hitam) akan mempunyai warna kelabu di tengah-tengah gradient. Keadaan ini akan berlaku apabila color mode yang digunakan adalah CMYK. Rujuk rajah di bawah:

Gradient01

Tidak kira linear gradient atau blend shape dalam mode CMYK, akan ada warna kelabu di pertengahan gradient. Kenapa jadi macam tu? Macam mana kalau kita buat gradient yang sama dalam mode RGB?

Gradient02

Nampaknya masalah warna kelabu di pertengahan gradient tidak wujud dalam mode RGB. Adakah masalah warna kelabu itu ada kaitan dengan mode warna CMYK?

Actually, dalam mode warna CMYK, ada dua jenis warna hitam; satu dikenali sebagai solid black (0,0,0,100) dan satu lagi dikenali sebagai rich black (100,100,100,50). Apabila kita gunakan warna solid black sebagai gradient, maka masalah warna kelabu di pertengahan gradient akan muncul. Rujuk rajah di bawah:

Gradient03

Untuk mengatasi masalah tersebut, kita perlu gunakan rich black. Dengan ini masalah warna kelabu tersebut akan hilang dengan sendirinya. Rujuk rajah di bawah:

Gradient04

Hope penerangan ringkas ini dapat membantu pereka grafik yang menghadapi masalah yang sama dalam Illustrator. Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi masalah berkaitan dengan Illustrator atau Photoshop, jangan segan-segan untuk bertanya.

Bersambung…

Ahad, 26 Jun 2011

Mana Pen Saya?

Ketika hamba sedang buat kerja di depan komputer, seorang pelanggan datang kepada hamba sambil berkata: “Adik, pinjam pen sekejap”, Hamba pun pusing tengok sekitar atas meja. Tak de sebarang pen pun. Hamba pun kata, “Mana ada pen bang?”

Pelanggan tu pun terus capai Pen Wacom Hamba dan tunjuk depan muka: “Ni bukan pen ke?” lepas tu dia terus cuba tulis (guna Pen Wacom) atas kertas. Hamba dah terkebil-kebil tengok dia. Pen Wacom?

Dia cuba menulis-nulis atas kertas tapi tak keluar apa-apa. “Eh, pen ni takde dakwat ke?”

Hamba pun ambil pen tu dan tunjuk logo Wacom Bamboo kat pen tu, dan tunjuk logo yang sama kat tablet Wacom sebelah komputer hamba.

“Oh..Patut la takder dakwat,”

Facepalm sekuatnya..

IKEA dan Verdanagate

IKEA tukar font typeface daripada Futura kepada Verdana. Bagi orang biasa yang mungkin tidak terdedah dengan typography, ia mungkin perkara yang tidak penting dan tidak layak dibincangkan. Akan tetapi bagi kipas-susah-mati (die hard fan) dunia grafik dan juga typography, tindakan IKEA itu adalah umpama tamparan terus ke pipi dunia pereka grafik.

Kenapa hamba kata begitu?

Untuk sekian lamanya, jenama IKEA adalah sinonim dengan graphic design. Rekaan perabotnya, adalah harmoni dengan rekaan flyers, broshure, laman web dan juga iklan billboard yang menghiasi papan-papan iklan. Mesej dan pengiklanan IKEA adalah ringkas dan sangat menyedapkan mata yang memandang. Untuk beberapa ketika, penggunaan typeface Futura dan juga rekaan IKEA seoalah-olah satu hubungan simboisis yang menaikkan imej IKEA dan pada masa yang sama menaikkan reputasi typeface Futura sebagai typeface geometric sans serif.

Akan tetapi pada tahun 2010, IKEA gunakan typeface Verdana untuk tulisan bercetak dan juga laman web? Alasannya; untuk memastikan tulisan pada laman web (yang menggunakan typeface Verdana) adalah konsisten dengan tulisan bercetak. Dengan kata lain, IKEA gunakan satu jenis typeface untuk tulisan di skrin atau bercetak.

So, kenapa ramai pereka grafik dan typographist yang marah bila IKEA berbuat demikian?

Salah satu daripada alasannya adalah terletak pada typeface itu sendiri – Verdana. Verdana adalah typeface yang dihasilkan oleh Microsoft untuk render tulisan di SKRIN. Verdana mempunyai jarak antara huruf yang lebar, serta mempunyai bentuk yang tebal untuk memudahkan pembacaan di skrin. Apabila satu-satu mukataip itu digunakan di luar konteks asalnya, maka ia secara langsung melanggar fungsi mukataip itu sendiri. Jarak antara huruf bagi typeface Verdana memudahkan pembacaan di skrin tetapi apabila digunakan untuk tulisan bercetak, ia menjadi – maaf jika terkasar bahasa – sangat buruk dan menyakitkan mata untuk dibaca.

Penggunaan typeface Verdana untuk tulisan bercetak adalah umpama membawa kereta Sedan secara offroad – ia mungkin boleh dibawa tetapi ia tidak menepati fungsi asalnya. Typeface Futura merupakan typeface yang almost perfect – bercetak atau di skrin. Sayangnya IKEA tidak dapat melihat legasi yang ada pada typeface Futura.

Kepada IKEA, tindakan menukar typeface kepada Verdana adalah tindakan yang tidak wajar untuk sebuah syarikat yang mempunyai imej dan menjadi inspirasi kepada pereka grafik.

Apa pula lepas ini? Apple tukar typeface Helvetica jadi Arial?

Jumaat, 24 Jun 2011

Artwork Minggu Ini

Minggu ni hamba tidak gunakan Photoshop langsung. Hamba banyak bereksperimen dan belajar tools baru dalam Illustrator. Banyak lagi tips & tricks yang hamba perlu belajar untuk mahir dalam dunia grafik dan seni visual ni.

Baru-baru ni hamba belajar tentang gradient dan mesh tools. Memang smart dan cantik. Tapi nak belajar gradient mesah memang sesuatu yang agak sukar, biarpun hamba dah agak lama menggunakan Illustrator. Tetapi idea bahawa lukisan vector boleh mencapai tahap photorealistic merupakan pendorong utama untuk hamba belajar pencak Gradient mesh ni.

Apa pun, doakan hamba berjaya menguasai ilmu gradint mesh ni. Sementara itu, sila cuci mata dengan artwork yang hamba hasilkan sepanjang minggu ini.

Kad Kahwin v01

 

Tutorial Illustrator – Unggun Api

Untuk post kali ni hamba nak berkongsi tips untuk hasilkan ilustrasi vector menggunakan Illustrator. Antara kelebihan ilustrasi vector ialah ianya bersaiz kecil dan boleh dibesar/kecilkan tanpa perlu risau akan kualiti. Ilustrasi vector akan kekal sharp dan ia boleh diedit semula tanpa masalah. Dalam ilustrasi vector, proses pewarnaan semula adalah semudah memilih warna di palette atau swatches. Tidak seperti pewarnaan semula dalam digital painting yang mana kita perlu mewarnakan semula artwork dari mula dan berkemungkinan akan merosakkan arwork tersebut.

Ok, kita teruskan dengan tutorial Illustrator.

(Hamba gunakan Illustrator CS3. Tutorial ini boleh digunakan pada semua versi Illustrator).

Mula-mula kita akan hasilkan outline atau lineart. Biasanya hamba gunakan pen tools dan edit path dengan menggunakan direct selection tool. Selepas itu hamba akan pilih beberapa warna untuk digunakan semasa proses pewarnaan nanti.

Fire01

Lineart unggun api – warna putih sebagai fill color dan hitam sebagai stroke color.

Fire02

Selepas hasilkan lineart, kita akan masukkan warna-warna asas pada setiap shape. Warna yang hamba gunakan adalah berdasarkan warna yang telah hamba pilih sebelum ini (kecuali warna kuning).

Fire03

Untuk nampak lebih dinamik, hamba gunakan gradient untuk setiap shape (kecuali pada kayu).

Fire04

Akhir sekali, untuk menambahkan efek realisme pada ilustrasi, hamba lukis satu bulatan dengan fill warna putih, letakkan di tengah-tengah unggun api dan setkan blending mode kepada Overlay. Baru la terasa terang sedikit.

Untuk post akan datang, hamba akan terangkan tentang penggunaan Gradient Mesh pulak.

Bersambung…

Khamis, 23 Jun 2011

Temubual Eksklusif Dengan Jiwo aka Zombie

Untuk post kali ni hamba nak tulis temubual hamba dengan salah seorang illustrator/animator/graphic designer tersohor di bumi Malaysia MMU KL ni. Namanya Shahril Majid tapi biasanya dikenali sebagai Jiwo atau Zombie. Jiwo juga antara sifoo hamba dan beliau merupakan insan yang bertanggungjawab menjadikan hamba seorang pengguna Wacom Bamboo yang tegar. Skill dan aura si Jiwo ni tidak perlu disebut lagi. Lihat sahaja portfolio dan galeri di blog beliau.

Rabu, 22 Jun 2011

Seharian Tanpa Telefon Bimbit

nokia-5300-closed

Apalah sangat sebuah telefon bimbit dalam kehidupan seharian. Ia cuma berfungsi sebagai alat komunikasi, kan?

Sehinggalah, ia terjadi kepada diri hamba sendiri.

Selasa, 21 Jun 2011

PC Diserang Virus

Start Log : 21:6:2011 5:51 pm>>


Location : Plaza Alam Sentral>>


START OF MESSAGE:


Semua PC di Kedai Print Cepat diserang Virus. Jenis virus dan jumlah kerosakan masih belum dapat dikenal pasti. Virus ini melumpuhkan sistem networking dan juga melambatkan kerja-kerja printing. Banyak data yang hilang, mujur ia cuma hidden sahaja.


Kerja-kerja backup sedang aktif dijalankan. Ada yang burn dalam DVD, ada yang upload ke internet. Tiada siapa yang berani menggunakan pendrive atau external hard disk pada masa ini.


Semua orang dalam keradaan berjaga-jaga dan tiada siapa yang berani menutup komputer. Virus ini disyaki akan lebih merebak jika komputer di reboot.


Walaupun semua PC dipasang Antivirus terkini seperti Avira dan juga Kaspersky, namun virus ini berjaya juga melolosi. Mungkin ada orang yang terlupa scan pendrive. Tapi dalam keadaan ini, tidak guna untuk menunding jari kepada sesiapa.


Jika ada sesiapa yang menerima pesanan ini, sila sebarkan pada yang lain. Jelas sekali masih ada virus yang berbahaya di luar sana. Sila berhati-hati apabila menggunakan pendrive daripada orang lain.


END OF MESSAGE>>>

Ahad, 19 Jun 2011

Komik Komuniti Pecah Perut: KKP03–Pergh Mutant Battle

Hamba suka baca komik. banyak jugak la komik yang hamba baca. Kadang-kadang penulis akan baca komik tempatan jugak. Takkan nak support komik manga dan manhwa je (walaupun cerita komik manga lagi best dari komik tempatan).

Untuk menukar selera, hamba akan melayan komik komuniti. Macam mana komik komuniti tu?

Komik komuniti adalah komik yang mana ia dihasilkan oleh SEMUA ORANG. Misalnya, katakan pelukis A lukis komik satu muka surat. Penulis B akan sambung lukis mukasurat kedua. Penulis C akan lukis komik muka surat ketiga, begitulah selanjutnya.

Antara kandungan dalam komik komuniti: KKP03 – Pergh Mutant Battle

kkp3_by_mat3w-d3hzl44

ml1-1

ml2-2

Sila ikuti sambungannya di sini. Semoga terhibur!

Sabtu, 18 Jun 2011

Biodata

Penulis tahu bahawasanya adalah satu perkara yang amat merbahaya untuk meletakkan profile diri sendiri di internet. Akan tetapi penulis rela mengambil risiko itu dan akan meletakkan biodata hamba di sini. Lagipun, orang lain juga meletakkan maklumat peribadi mereka di jaringan sosial seperti Facebook dan juga MySpace. Jadi, apa salahnya kan?

Jadi ini adalah serba sedikit maklumat tentang diri hamba.

profilePic

BIODATA

Nama : Mohd Syukri bin Omar

Nama pena : KIDD (jangan tanya apa maksudnya)

Tarikh lahir : 3 Julai (tahun dirahsiakan)

Zodiak : Cancer (Suka air dan sangat penyabar. Hohoho)

 

PENDIDIKAN

2003-2007 – Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Grafik Komunikasi) dengan minor Sastera Seni.

2000-2002 – STPM di Sekolah Menengah Iskandar Shah (5 Prinsipal).

1998–2000 – SPM di Sekolah Menengah Iskandar Shah (3A 5B 1D).

1995-1998 – PMR di Sekolah Menengah Iskandar Shah (4A 4B).

1993-1995 – SMK (A) Sultan Muhammad di Batu Berendam, Melaka. Sampai form 2 sahaja (Sebab tak pandai bahasa arab)

 

SKILL & KEMAHIRAN

  • Photoshop – Digital painting, photo manipulation, photo retouching
  • Illustrator – Tracing, design, vector illustration
  • Flash – Animation, vectorization, actionScript, simple programming, UI, lip-sync
  • 3Ds Max – modelling, texturing, lighting, animating, simple rigging, rendering
  • Premiere – editing, simple effects, rendering
  • After Effects – motion graphic, special effects
Map picture

Jumaat, 17 Jun 2011

Eksperimen 01

Hamba cuba link kan images daripada Skydrive kepada blogger. Oleh kerana akaun Picasa Web Album hamba hampir penuh, maka hamba perlu mencari alternatif lain untuk menyimpan koleksi foto di internet.

Jika tuab hamba menghadapi masalah untuk melihat/load foto di atas, sila beritahu dengan segera. Jika tiada sebarang masalah, hamba akan aktifkan akaun Skydrive hamba dengan segera.

Nota: Skydrive daripada Microsoft menawarkan ruang simpanan sehingga 25GB dengan percuma. Just sign up dengan akaun Hotmail atau Microsoft Live. Berbaloi-baloi!

Rabu, 15 Jun 2011

Log Blog

Ini adalah log/rekod kepada sebarang perubahan dalam blog ini. Ia bertujuan untuk merakamkan sebarang aktiviti yang berlaku dalam blog ni. Post ini akan dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

18/6/2001 : Akhirnya semua links dan pautan telah dibaiki. Blog is up and running seperti biasa. Hamba menjemput beberapa penulis jemputan untuk sama-sama memeriahkan blog hamba ini. Semoga hikayat pereka grafik akan berkembang dan melebarkan sayapnya di ruang maya ini.

Screenshot untuk blog setakat ini:

logBlog01

Jumlah pageview adalah 3565.

15/6/2011: Pertukaran daripada 'Diari Seorang Pereka Grafik Picisan' kepada 'Hikayat Seorang Pereka Grafik Picisan'. Perkataan 'Hikayat' digunakan manakala perkataan 'Diari' digugurkan sesuai dengan tema pengembaraan dan pencarian kebernasan. Beberapa elemen baru juga dimasukkan seperti Tab dan juga slideshow untuk memudahkan navigasi. Typeface yang digunakan adalah Lucida Sans untuk post dan Georgia untuk sidebar. Warna tema yang digunakan adalah hitam, putih dan oren.

Banner baru juga digunakan dengan stail ala Hikayat Merong Mahawangsa. Laman Let's Crate digunakan untuk hosting gambar-gambar buat sementara waktu. Walaupun saiz agak terhad, namun ia tidak resize dan compress image yang diupload.

BlogBanner

14/6/2011: Layout dan template baru daripada Free Blogger Template. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Mukataip bertukar menjadi Arial dan Helvetica tanpa sebarang sebab. Gadget dan sidebar berubah kedudukan dan ada beberapa gadget yang tidak dapat dialihkan kerana di'lock'kan.

Cuba bereksperimen dengan banner baru. Walaupun tidak berapa menjadi tetapi potensi untuk menggunakan banner yang diubahsuai dapat dikenalpasti.

banner2

Under Construction

Mungkin ada di kalangan pembaca yang berasa hairan apabila melihat layout baru blog penulis ni. Jangan terkejut, anda semua masih lagi berada di blog Diari Seorang Pereka Grafik Picisan. Penulis dalam proses untuk mengupdate layout dan mengemaskini kandungan dalam blog ni.

Berikan sebarang komen dan pandangan; penulis sedia mendengarnya. Mungkin pembaca ada idea untuk menjadikan kandungan blog ini lebih menarik.

Mungkin blog ini memerlukan lebih banyak gadget dan juga glitters..

Sementara itu, apa kata pembaca layari blog ini.

Selasa, 14 Jun 2011

Ketagih Main Angry Birds!!

how-to-play-angry-birds

Sebelum ni, penulis cume mendengar-dengar sahaja tentang Angry Birds ni. Penulis cuma tahu bahawa Angry Birds ni adalah permainan mobile dengan watak burung merah yang muka berkerut (kononnya tengah marah la tu). Penulis memang no idea bahawa game Angry Birds ni adalah game yang sangat popular dan sangat addictive!!

Isnin, 13 Jun 2011

Artwork Karikatur

Definisi karikatur menurut WIkipedia Indonesia:

Karikatur adalah sebuah seni lukis ekspresi jiwa hati yang sedang dirasakan, lalu dikemukakan dengan media gambar yang menganggap itu adalah diri kita. karikatur mencakup beberapa ekspresi yang sering di luapkan yaitu: rasa senang,sedih,khawatir, takut, marah, kecewa, dsb. Karikatur biasa digambarkan : 1. Binatang 2. Seperti manusia 3. Fasilitas hidupnya; EX: rumah,dsb. 4. Pemandangan sekitar hidup/ keberadaannya. Pokoknya berupa coretan ekspresi diri. Supaya karikatur tidak membosankan, maka diberilah warna pada gambar yang sudah jadi. Jika ada tambahan untuk mengemukakannya maka setiap gambar di beri kata dengan bahasa tertentu untuk mencerminkan dirinya.

Definisi karikatur daripada Wikipedia:

A caricature can refer to a portrait that exaggerates or distorts the essence of a person or thing to create an easily identifiable visual likeness. In literature, a caricature is a description of a person using exaggeration of some characteristics and oversimplification of others.

Di bawah ini penulis sertakan beberapa lukisan karikatur yang penulis lukis sendiri.

HakimZulaikha

picPengantin

vespaPengantin

Jadi, para pembaca sekalian, adakah lukisan penulis boleh dikira sebagai karikatur?

Ahad, 5 Jun 2011

Program untuk Digital Panting/Drawing

01

Boleh teka tak apa nama program ni?

Ok sebelum ni penulis pernah dapat pertanyaan tentang apa software yang penulis gunakan untuk melukis. Penulis akui, penulis tidak menggunakan Photoshop 100% untuk kerja-kerja melukis. Penulis menggunakan satu lagi program yang lebih ‘kaw’ untuk kerja-kerja melukis. Nama program itu ialah..

(Drumroll)..

MyPaint!

 

Lagi gambar Potret Kawan-Kawan

01

Apa yang perlu dibuat kalau tidak ada idea dan nak jugak berkarya?

Lukis muka kawan-kawan!

02

AmTrace

Haza Kawen

Kalau terlalu lama bergelumang dengan Illustrator, tidak bagus juga untuk kesihatan (senyum).

Sabtu, 4 Jun 2011

100 Post!! Tenkiu!

Comic

Sedar tak sedar dah 100 post penulis letak kat blog ni. Terima kasih atas sokongan semua pembaca selama ini. Tenkiu tenkiu!!!

Kad Kahwin Stail Typography

Kad kahwin merupakan antara ‘syarat sah’ yang perlu ada jika satu-satu pasangan hendak melangsungkan perkahwinan. Kad kahwin memberi semacam identiti dan imej kepada pasangan yang hendak berkahwin. Jika kad kahwin yang diberi itu murah dan rendah kualitinya, ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan secara budget. Jika kad kahwin yang dihasilkan kelihatan grand, vogue dan tinggi kualitinya, maka tetamu boleh expect bahawa majlis yang bakal berlangsung pastinya grand juga.

Pada kebiasaannya, kad kahwin yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri tradisional seperti corak kerawang, huruf dan tulisan jawi, dan disertai dengan madah dan pantun untuk menyerlahkan ciri-ciri adat dan budaya Melayu.

Bukan bersifat konservatif atau memandang remeh pada rekaan kad kahwin yang ada sekarang, tapi kad kahwin seharusnya bersifat peribadi dan kelihatan lain daripada yang lain. Definisi ini juga hampir sama dengan definisi SENI itu sendiri. Walaupun kad kahwin yang dihasilkan bersifat sementara, tapi ia seharusnya meninggalkan impressi dan memori kepada tetamu yang hadir. Seperti yang penulis nyatakan tadi, kad kahwin memberi impresi dan imej kepada bakal pengantin.

closeupKadKahwin

closeupKadKahwin2

Agak-agaknya lah kan, bagaimana impressi bakal tetamu kalau penulis hasilkan kad kahwin stail kerawang-kerawang macam ini:

Print

Print

Print

Agak-agak sesuai ke design kad kahwin ni dengan reputasi penulis sebagai seorang pereka grafik?

Jumaat, 3 Jun 2011

Lagi Design Kad Kahwin

Oleh kerana idea untuk buat kad kahwin datang mencurah-curah, maka penulis serta kan beberapa design kad kahwin yang penulis buat sendiri. Mungkin ada salah satu daripada design kad kahwin ni yang akan penulis gunakan sebagai kad kahwin sendiri (senyum).

Sekali lagi penulis tekankan di sini bahawa nama dan tarikh yang tertea dalam kad kahwin ini adalah rekaan semata-mata dan tidak berkaitan dengan mereka yang hidup atau mati.

Kad Kahwin 3 Fold v11 (front)

Kad Kahwin 3 Fold v10 (front)

Kad Kahwin 3 Fold v09 (lelaki)

Kad Kahwin 3 Fold v08 (front)

Lepas ni nak design apa pulak yer? (senyum).

Koleksi Design Kad Kahwin

Nak idea untuk buat kad kahwin? Jangan pening kepala. Penulis ada beberapa koleksi design kad kahwin. Sila pilih mana satu idaman kalbu yer.

(Semua nama dan tarikh perkahwinan yang tertera dalam design kad kahwin ini adalah rekaan semata-mata).

Template - Kad Kahwin 3 Fold v01 (front)

Template - Kad Kahwin 3 Fold v02 (front) edit

Template - Kad Kahwin 3 Fold v03 (front)

Template - Kad Kahwin 3 Fold v04 (back)

Template - Kad Kahwin 3 Fold v05 (front)

3 Fold back

Template - Kad Kahwin 3 Fold v07 (front)

Jika ada pembaca yang nak sampel dalam bentuk vector, boleh la hubungi penulis. Harga boleh dibincangkan dan berpatutan.

Takkan baca je? Komen sikit..

Link