Apalah sangat sebuah telefon bimbit dalam kehidupan seharian. Ia cuma berfungsi sebagai alat komunikasi, kan?
Sehinggalah, ia terjadi kepada diri hamba sendiri.
(Muzik dimainkan)
(Tajuk utama muncul di skrin)
SEHARIAN TANPA TELEFON BIMBIT
Ianya bermula ketika hamba dalam perjalanan ke tempat kerja di Plaza Alam Sentral. Penulis melihat jam yang tertera di skrin telefon bimbit 5300 Express Music; pukul 9.30 pagi. ‘Masih banyak masa lagi’ bisik hati hamba.
Tidak lama kemudian telefon hamba berbunyi sambil mengeluarkan peringatan ‘Battery Low’. Sejurus selepas itu skrin handphone bertukar gelap – kosong. Bateri sudah habis. Malang apakah yang menimpa kali ini? Tak mengapa, cuma bateri habis saja. No big deal.
Hamba meneruskan kerja macam biasa. Selepas itu perut hamba berbunyi irama dangdut minta diisi segera. Mungkin dah sampai masa untuk makan tengahari. Tapi dah pukul 1.00 ke? Hamba mengeluarkan handphone untuk tengok jam:
Skrin handphone kosong.
Oh, hamba lupa handphone habis bateri. Takper, boleh tengok jam di skrin komputer. Dah pukul 1.15 tengahari. Memang masa makan tengahari pun.
Lepas siap makan tengahari, hamba berjalan-jalan seketika untuk membantu penghadaman dalam perut. Lagipun ada banyak masa lagi sebelum sambung kerja. Hamba cuci mata tengok awek skrin LCD. Nampak skrin LCD Samsung 20 inci berharga RM400. Nak kena tanya adik ni. Adik hamba lebih arif dengan gadget dan peranti terkini. Kena SMS la, kalau call kang cepat habis kredit. Hamba keluarkan handphone dan dapati:
Skrin handphone kosong.
Tak per lah. Boleh charge kat kedai nanti. Lagipun banyak charger handphone Nokia. Takkan la tak boleh tumpang charge bateri sekejap.
Sepanjang hari hamba rasa sunyi. Kalau tak, mesti ada je bunyi SMS atau miss call sewaktu hamba buat kerja. Bukan tak suka ada orang SMS atau call, tapi kekadang time tengah sibuk, masa tu la SMS dengan call masuk bertalu-talu tanpa kenal erti jemu.
Bila hamba nak tengok no akaun bank, hamba keluarkan handphone dan dapati:
Skrin handphone kosong.
Bila hamba nak tengok no telefon yang hendak di dail, hamba keluarkan telefon dan dapati:
Skrin handphone kosong.
Hamba nak catat nota dan idea lalu hamba pun…
Skrin handphone kosong.
Bila hamba nak save..
Skrin handphone kosong.
Hamba pun cuba..
Skrin handphone kosong.
Ok ok ok. Cukuplah setakat ini. Jelas sekali hamba tidak dapat berbuat apa-apa jika handphone hamba tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Hamba rasa hidup hamba terlalu ‘attached’ dan bergantung dengan handphone sehinggakan segala perkara yang penting dan perlu diingati berada atau perlu dilakukan dengan handphone. Seriously, hamba tidak ‘berfungsi’ tanpa handphone.
Mungkin ini adalah salah satu peringkat simbiosis dalam ekologi kitaran hayat manusia dimana manusia dan gadget atau peranti adalah saling memerlukan bahkan tidak berfungsi jika bersendirian. Hubungan yang kompleks antara manusia dan peralatan elektronik bukan sahaja bermakna peralatan itu memudahkan kehidupan, tetapi tetapi tanpa peralatan elektronik tersebut, kita tidak dapat menjalani kehidupan.
(Roll credit)
Bersambung..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan