IKEA tukar font typeface daripada Futura kepada Verdana. Bagi orang biasa yang mungkin tidak terdedah dengan typography, ia mungkin perkara yang tidak penting dan tidak layak dibincangkan. Akan tetapi bagi kipas-susah-mati (die hard fan) dunia grafik dan juga typography, tindakan IKEA itu adalah umpama tamparan terus ke pipi dunia pereka grafik.
Kenapa hamba kata begitu?
Untuk sekian lamanya, jenama IKEA adalah sinonim dengan graphic design. Rekaan perabotnya, adalah harmoni dengan rekaan flyers, broshure, laman web dan juga iklan billboard yang menghiasi papan-papan iklan. Mesej dan pengiklanan IKEA adalah ringkas dan sangat menyedapkan mata yang memandang. Untuk beberapa ketika, penggunaan typeface Futura dan juga rekaan IKEA seoalah-olah satu hubungan simboisis yang menaikkan imej IKEA dan pada masa yang sama menaikkan reputasi typeface Futura sebagai typeface geometric sans serif.
Akan tetapi pada tahun 2010, IKEA gunakan typeface Verdana untuk tulisan bercetak dan juga laman web? Alasannya; untuk memastikan tulisan pada laman web (yang menggunakan typeface Verdana) adalah konsisten dengan tulisan bercetak. Dengan kata lain, IKEA gunakan satu jenis typeface untuk tulisan di skrin atau bercetak.
So, kenapa ramai pereka grafik dan typographist yang marah bila IKEA berbuat demikian?
Salah satu daripada alasannya adalah terletak pada typeface itu sendiri – Verdana. Verdana adalah typeface yang dihasilkan oleh Microsoft untuk render tulisan di SKRIN. Verdana mempunyai jarak antara huruf yang lebar, serta mempunyai bentuk yang tebal untuk memudahkan pembacaan di skrin. Apabila satu-satu mukataip itu digunakan di luar konteks asalnya, maka ia secara langsung melanggar fungsi mukataip itu sendiri. Jarak antara huruf bagi typeface Verdana memudahkan pembacaan di skrin tetapi apabila digunakan untuk tulisan bercetak, ia menjadi – maaf jika terkasar bahasa – sangat buruk dan menyakitkan mata untuk dibaca.
Penggunaan typeface Verdana untuk tulisan bercetak adalah umpama membawa kereta Sedan secara offroad – ia mungkin boleh dibawa tetapi ia tidak menepati fungsi asalnya. Typeface Futura merupakan typeface yang almost perfect – bercetak atau di skrin. Sayangnya IKEA tidak dapat melihat legasi yang ada pada typeface Futura.
Kepada IKEA, tindakan menukar typeface kepada Verdana adalah tindakan yang tidak wajar untuk sebuah syarikat yang mempunyai imej dan menjadi inspirasi kepada pereka grafik.
Apa pula lepas ini? Apple tukar typeface Helvetica jadi Arial?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan