Jumaat, 24 Jun 2011

Artwork Minggu Ini

Minggu ni hamba tidak gunakan Photoshop langsung. Hamba banyak bereksperimen dan belajar tools baru dalam Illustrator. Banyak lagi tips & tricks yang hamba perlu belajar untuk mahir dalam dunia grafik dan seni visual ni.

Baru-baru ni hamba belajar tentang gradient dan mesh tools. Memang smart dan cantik. Tapi nak belajar gradient mesah memang sesuatu yang agak sukar, biarpun hamba dah agak lama menggunakan Illustrator. Tetapi idea bahawa lukisan vector boleh mencapai tahap photorealistic merupakan pendorong utama untuk hamba belajar pencak Gradient mesh ni.

Apa pun, doakan hamba berjaya menguasai ilmu gradint mesh ni. Sementara itu, sila cuci mata dengan artwork yang hamba hasilkan sepanjang minggu ini.

Kad Kahwin v01

 

Khemah

“Khemah” Adobe Ilustrator CS3 + Wacom. Gradient & Mesh tool. 2 jam.

Hiking

“Hiking” Adobe Illustrators CS3. 4 jam.

AwekBasikal

“Awek basikal” Adobe Illustrator CS3 + Wacom. Gradient & Mesh tool. 7 jam.

Tag Design 01Tag Design 02

“Tag Kad Kahwin” Illustrator CS3. 2 jam.

Artwork apakah yang akan hamba hasilkan pada minggu depan? Dapatkah hamba menguasai ilmu dan pencak gradient mesh? Nantikan sambungannya dalam post akan datang…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link