Kad kahwin merupakan antara ‘syarat sah’ yang perlu ada jika satu-satu pasangan hendak melangsungkan perkahwinan. Kad kahwin memberi semacam identiti dan imej kepada pasangan yang hendak berkahwin. Jika kad kahwin yang diberi itu murah dan rendah kualitinya, ia secara tidak langsung memberi gambaran bahawa pasangan tersebut melangsungkan perkahwinan secara budget. Jika kad kahwin yang dihasilkan kelihatan grand, vogue dan tinggi kualitinya, maka tetamu boleh expect bahawa majlis yang bakal berlangsung pastinya grand juga.
Pada kebiasaannya, kad kahwin yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri tradisional seperti corak kerawang, huruf dan tulisan jawi, dan disertai dengan madah dan pantun untuk menyerlahkan ciri-ciri adat dan budaya Melayu.
Bukan bersifat konservatif atau memandang remeh pada rekaan kad kahwin yang ada sekarang, tapi kad kahwin seharusnya bersifat peribadi dan kelihatan lain daripada yang lain. Definisi ini juga hampir sama dengan definisi SENI itu sendiri. Walaupun kad kahwin yang dihasilkan bersifat sementara, tapi ia seharusnya meninggalkan impressi dan memori kepada tetamu yang hadir. Seperti yang penulis nyatakan tadi, kad kahwin memberi impresi dan imej kepada bakal pengantin.
Agak-agaknya lah kan, bagaimana impressi bakal tetamu kalau penulis hasilkan kad kahwin stail kerawang-kerawang macam ini:
Agak-agak sesuai ke design kad kahwin ni dengan reputasi penulis sebagai seorang pereka grafik?
mungkin org yg berada akan fikir cm2..tp bg saya yg berada di kelas pertengahan ni merasakan kad ini hanya sekadar untuk memberitahu ttg berita perkahwinan kita..janji maklumat smpai..saya sendiri pun klo dpt kad kawin tak simpan..lm2 buang je..dari situ saya rs ralat nk tempah kad yg mahal2 sbb rugi kita bg kad mahal tp org tak simpan pun..drpd cm2 baik lebihkan tang mknn ke,pelamin ke..lebih baik kad tak grand,biar majlis yg grand..tp semua tu terpulang pd diri masing2..
BalasPadamwah.. stail..cun bro... penat search image by google cr kad kawin yang unik dan penuh style. ni yg sy cr2 tuk kad kawin.. mmg inspirasi tul la design typography bro ni. sy bukan nak menafikan kad kawin berkerawang n pantun2 ni, tp design typography menampilkan sisi berbeza. syabas..
BalasPadamSamada nak guna design penuh artistik atau berkerawang-kerawang tu, sebenarnya terpulang kepada citarasa pasangan itu sendiri. Ada yang suka kalau dapat kad kahwin yang unik. Ada juga yang nak kad kahwin simple-simple jer. Apa pun pilihan yang dibuat, pasangan tu still kena consider budget dan masa yang diperlukan untuk menghasilkan kad kahwin tu. Kalau nak kad kahwin yang design pelbagai siap dengan corak-corak emboss tapi budget RM100 je, tak boleh jugak..
BalasPadam