Untuk post kali ni hamba nak tulis temubual hamba dengan salah seorang illustrator/animator/graphic designer tersohor di bumi Malaysia MMU KL ni. Namanya Shahril Majid tapi biasanya dikenali sebagai Jiwo atau Zombie. Jiwo juga antara sifoo hamba dan beliau merupakan insan yang bertanggungjawab menjadikan hamba seorang pengguna Wacom Bamboo yang tegar. Skill dan aura si Jiwo ni tidak perlu disebut lagi. Lihat sahaja portfolio dan galeri di blog beliau.
Temubual ini berlangsung menggunakan Yahoo Messenger. Ini adalah temubual hamba dengan Jiwo (setelah dibuang unsur-unsur emoticons dan smileys).
mohdsyukri83: salam
mohdsyukri83: bro, bz tak?
Shahril Majid: yo
Shahril Majid: wsalam
Shahril Majid: haha apsal?
mohdsyukri83: nak mintak beberapa pendapat la
mohdsyukri83: dari anak murid kepada tuan guru
Shahril Majid: haha mana ada
mohdsyukri83: aku dah mula nak masuk bidang ilustrasi nie
mohdsyukri83: aku dah mula rajin wat digital painting
mohdsyukri83: tapi of course lum berapa mahir
mohdsyukri83: aku stuck kat warna dan coloring
mohdsyukri83: ko ada beberapa petua untuk coloring x?
Shahril Majid: aa...agak terlalu broad question tu
Shahril Majid: taktau nak jawab ape
mohdsyukri83: biasa nyer apa yang ko wat sebelum start coloring
Shahril Majid: blaja sikit2 je. tiap kali buat illustration fokus kat satu aspek
Shahril Majid: tgk artwork lain mcm mane diorang handle aspek tu
Shahril Majid: oh
mohdsyukri83: yang aku tahu:blocking
Shahril Majid: aku tabur kaler je dulu
mohdsyukri83: blocking
Shahril Majid: letak secara general
mohdsyukri83: apa maksud ko tabur kaler
Shahril Majid: pastu baru blocking
Shahril Majid: pick kaler random dan letak atas canvasb
Shahril Majid: bg byk variety bila nak pick nanti
mohdsyukri83: i see, ko pick kaler dari canvas ker
Shahril Majid: a ah
mohdsyukri83: bukan dari pallette?
Shahril Majid: kalau perlu baru amik dr pallete
Shahril Majid: mana2 yg selesa
mohdsyukri83: hurm..
mohdsyukri83: tak pernah try lg
Shahril Majid: aku tak suka tukar pallete. ganggu flow
mohdsyukri83: ko biasa refer illustratiom or photograph?
Shahril Majid: dr mana2 je
Shahril Majid: kadang2 tgk benda sekeliling
mohdsyukri83: ko guna pemahaman ko secara visual ek
Shahril Majid: reference ni mcm shortcut je. so ko boleh absorb sesetgh benda tanpa pecahkan kepala nak pikir
mohdsyukri83: antara digital painting dengan traditional media, mana satu fav ko?
Shahril Majid: takleh compare
Shahril Majid: dua2 aku treat lain
Shahril Majid: malangnya takde byk space nak buat trad
Shahril Majid: sedih gak haha
mohdsyukri83: ko biasa draw atas kertas sebelum gi photoshop ker?
Shahril Majid: yang aku draw atas kertas aku draw atas kertas je. yg photoshop photoshop terus
Shahril Majid: jarang aa campur
Shahril Majid: satu sbb takde scanner hahahaha
Shahril Majid: lame gila tak mix trad + digital
mohdsyukri83: lets saya ko ada scanner, ko akan draw atas kertas pastu transfer photoshop x?
mohdsyukri83: sorry arr interview ko malam2 nie
Shahril Majid: tgk purpose kot
Shahril Majid: sesetgh benda mmg honestly la....sakit hati nak buat dlm photoshop
Shahril Majid: hahahaha
mohdsyukri83: ok, apa fave brush ko?
mohdsyukri83: ada pakai costum brush ker
Shahril Majid: ermm..custom simple2 je
Shahril Majid: aku tak brush intensive sgt
mohdsyukri83: ko create sendiri or download?
Shahril Majid: tak pernah lg download
Shahril Majid: brush simple je slalu
mohdsyukri83: still pakai graphire ker?
mohdsyukri83: or dah pakai bamboo?
Shahril Majid: ada dua brush yg aku slalu pakai. satu yg custom tu, satu basic round brush
Shahril Majid: bamboo pen
Shahril Majid: tak best. sensitivity rendah
Shahril Majid: sbb tak beli fun
Shahril Majid: beli biasa punya
Shahril Majid: murah
mohdsyukri83: aku pakai bamboo pen & touch
mohdsyukri83: malas nak pakai mouse
Shahril Majid: aku pakai pen punya
mohdsyukri83: sebab stock bamboo pen habis
mohdsyukri83: ok next question
mohdsyukri83: adakah ko setuju dengan kenyataan ni: study anatomy amat penting kalau nak wat drawing
Shahril Majid: depends. ko nak buat art jenis apa?
Shahril Majid: generally aku rasa baik la blaja anatomy hahaha
Shahril Majid: tak ruginyer
mohdsyukri83: ko ada amik anatomi ker?
Shahril Majid: kalau ko nak lukis character lg la
Shahril Majid: tak kira la stylized ke tak
Shahril Majid: blaja sendiri je byk
Shahril Majid: sampai skrg blaja lg
mohdsyukri83: katakan ada anak murid nak berguru dengan ko
mohdsyukri83: apa subjek yang ko akan ajar dia dulu. color? teori? anatomi?
Shahril Majid: hahaha
Shahril Majid: blajar semua basic dulu
mohdsyukri83: setuju
Shahril Majid: mcm lines, forms, shades, negative positive space, composition, focus, contrast, handeye coordination, observation
Shahril Majid: last 2 tu bukan teori tapi kira skill yg patut acquire kalau nak lukis
Shahril Majid: tak la aku rasa lg penting fundamentals
Shahril Majid: aku tak pernah 'belajar nak lukis background' atau 'pokok' atau 'awan'
Shahril Majid: aku blajar mcm mane nak properly paint, blajar form, observe, cari structure dari reference pastu apply
mohdsyukri83: tak pernah terfikir camtu plak
mohdsyukri83: biasanya orang akan 'belajar cara lukis kereta'
mohdsyukri83: or \how to draw hand\
mohdsyukri83: apa attitude yang kena ada pada seseorang yang nak improve dalam drawing/illustration? ada tips?
mohdsyukri83: aku nak tahu gak nie
Shahril Majid: hahaha tu la byk org camtu
mohdsyukri83: aku lum ada role model dalam bidang drawing nie
Shahril Majid: attitude nak improve dlm drawing sama je mcm attitude nak improve dlm bidang2 lain
Shahril Majid: keep being optimist, keje kuat, jgn jadi biased, slalu 'berfikir'
Shahril Majid: apa lg
Shahril Majid: honest hahaha
mohdsyukri83: honest, maksud ko?
Shahril Majid: observation
Majid: honest la. takyah pikir pasal duit, recognition, acception
mohdsyukri83: haaa, tu setuju
Shahril Majid: slalu bila work utk duit, mesti stroke takde life hahaha
mohdsyukri83: aku lagi selesa berkarya kalau xmelibatkan duit/deadline
Shahril Majid: enjoy
Shahril Majid: jgn stress sgt aa bila blaja
Shahril Majid: enjoy je
mohdsyukri83: apa subject matter yang ko paling suka paint/draw?
Shahril Majid: kalau fail, biasa la. teruskan buat
Shahril Majid: mostly benda organik
Shahril Majid: mcm tangan haha
Shahril Majid: sbb byk lines
Shahril Majid: nature
mohdsyukri83: ooowh, aku ingatkan ko suka hard edges/mecha
Shahril Majid: tak sgt
Shahril Majid: tapi aku lukis gak
mohdsyukri83: next question
mohdsyukri83: apa dream job ko?
Shahril Majid: director dlm company sendiri
Shahril Majid: hahaha
Shahril Majid: projek sendiri la
mohdsyukri83: tapi susah nak capai dalam malaysia dan dalam period gawat camnie
Shahril Majid: yep
Shahril Majid: usaha je la
mohdsyukri83: nak mintak tolong ko nie
mohdsyukri83: bagi aku satu assignment
mohdsyukri83: bagi la deadline sekali
mohdsyukri83: pastu ko bg komen
Shahril Majid: aaa...assignment ke...
mohdsyukri83: haha
Shahril Majid: hahaha apa kata start dengan design character dulu
mohdsyukri83: bagi simple pun xper
mohdsyukri83: ok, character camner yang ko nak
mohdsyukri83: (untuk projek ko pun xper, anggap je aku buat kerja free untukko)
Shahril Majid: reka..traveller
Shahril Majid: hahah
Shahril Majid: buat la 5 design berbeza ke
Shahril Majid: yg penting process design tu
Shahril Majid: tips: start dengan silhoutte
mohdsyukri83: okies
mohdsyukri83: ada apa2 lg
Shahril Majid: haha tanak byk sgt limitations
Shahril Majid: buat je apa yang patut
mohdsyukri83: okies
mohdsyukri83: deadline?
Shahril Majid: haha seminggu ke
mohdsyukri83: ok
mohdsyukri83: beres
SIapa yang bakal ditemubual dalam post akan datang? Nantikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan