Sebelum melukis, pastikan kita lukis basic shape terlebih dahulu.
Penulis dapat ‘tip’ melukis ni ketika belajar kursus animasi Flash ketika di Kuala Terengganu. Mungkin ada beberapa teman penulis yang menerima ‘ajaran’ itu bulat-bulat, tetapi penulis terasa ada sesuatu yang tidak tepat. Penulis tak kata kaedah tu salah tapi setelah beberapa kali membuat percubaan dan eksperimen, penulis rasa ada sesuatu yang tak kena dengan kaedah melukis yang penulis nyatakan tadi.
Pertama sekali kaedah melukis menggunakan basic shape sebagai langkah awal merupakan satu permasalahan yang besar atas beberapa sebab. Pertama sekali, ia melibatkan langkah pertama sebelum melukis dan risikonya di sini adalah jika kita salah pada langkah pertama, maka besar kemungkinan kita akan tersalah langkah pada langkah berikutnya. Yang kedua, penggunaan kaedah basic shape itu sendiri. Basic shape dalam konteks yang biasa digunakan merujuk kepada bentuk asas seperti bulat, segi empat sama, segi empat tepat, segitiga dan sebagainya.
Apa yang penulis cuba sampaikan di sini adalah pendekatan melukis menggunakan basic shape atau bentuk asas adalah antara sebab mengapa sesetengah lukisan kelihatan flat atau rata. Lukisan yang dihasilkan kelihatan tiada dimensi atau kedalaman. Objek yang jauh atau dekat kelihatan sama jaraknya bahkan ada objek yang dilukis kelihatan leper.
Kenapa jadi begitu? Kenapa lukisan yang dilukis menggunakan basic shape kelihatan leper dan flat? Jawapannya ada pada basic shape itu sendiri. Cuba kita lihat kembali apakah definisi lukisan:
Lukisan adalah penghasilan bentuk (form) atas permukaan rata.
Kata kunci di sini adalah bentuk atau form. Form adalah bentuk dalam 3D. Dengan kata lain, lukisan menekankan penghasilan imej ilusi 3D atas permukaan rata.
Jadi apa masalahnya dengan penggunaan basic shape?
Basic shape, jika masih ada yang tidak jelas, merupakan objek berbentuk 2D. Form merupakan bentuk 3D. Bagaimana kita hendak menghasilkan ilusi 3D jika kita menggunakan basic shape yang pada dasarnya berbentuk 2D?
Sebaliknya, kaedah yang lebih tepat adalah:
Melukis dan melakar secara kasar menggunakan basic form.
Dalam bahasa Melayu, ‘form’ dan ‘shape’ membawa maksud yang sama iaitu bentuk. Akan tetapi, form merupakan bentuk 3D manakala shape merupakan bentuk 2D. Perbezaan istilah dan maksud ini yang biasanya menyebabkan kekeliruan di kalangan pelukis baru.
Jadi sebelum melukis, pastikan anda membahagikan (breakdown) objek yang diingin dilukis kepada basic form, bukannya basic shape. Walaupun kita melukis di atas permukaan 2D, tetapi minda kita perlu berfikir secara 3D.
Harapnya penerangan ini membawa dimensi baru dalam pemahaman tentang lukisan.
sangt menarik dn berterima kasih..sya bwu sjerr mengikuti pembeljrn didlam kos animasi 2d...di sem1 syerr perlu beljr "seni visual" digtl mhupun manual...bg syerr yg tidak menpunyai asas seni bersa phm dn sukerr cree anda menypaikan...!!
BalasPadamTerima kasih atas komen yang diberikan. Penulis juga sebenarnya masih dalam fasa belajar ilmu melukis ini. Anyway, keep on drawing..
BalasPadam