Penulis bukanlah orang yang super hebat atau terer dalam bidang ilustrasi. Ada lagi insan-insan yang super hebat atau dalam bahasa kasarnya 'manusia yang mempunyai skill melukis tahap setan dan iblis' seperti Jiwo, Zid,Jin dan Lan Itsuki – just to name a few. Tapi penulis pernah bekerja sebagai pereka grafik di Markplus pada tahun 2007 sebelum menjadi illustrator pada tahun 2010. Penulis tak dapat nak beri panduan bagaimana mahu menjadi concept artist, tapi penulis boleh memberi bimbingan bagaimana hendak mengasah kemahiran melukis supaya dapat mencapai tahap concept artist.
Ini bukan tutorial, tapi sebaliknya lebih kepada projek mini dan tugasan. Pembaca digalakkan membaca sampai habis dan lebih digalakkan untuk membuat sendiri tugasan yang diberi. Penulis juga akan sertakan contoh work yang dibuat sendiri oleh penulis. Sediakan sketchbook dan pensil (atau kalau senang, gunakan Photoshop dan tablet) dan mula buat tugasan. Hopefully tugasan ni akan memberi pendedahan dan pemahaman dalam lukisan dan ilustrasi.
Sudah bersedia? Ok GO!!
(poof!)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan