Selasa, 8 Mac 2011

Concept Art 101: Art Direction Dalam Concept Art

Amenda plak art direction tu? Art direction merupakan proses untuk menentukan hasil kerja yang dilakukan menepati mood atau sasaran. Art direction biasanya dilakukan oleh art director (jawatan idaman pelukis). Sebagai contoh, katakan ada syarikat hendak menghasilkan sebuah animasi berkaitan dengan seni mempertahankan diri. Art direction akan menentukan apakah skim warna yang perlu digunakan, rekaan watak, apakah jenis pakaian yang akan dipakai oleh watak-watak, stail lukisan untuk animasi, jenis senjata yang akan digunakan sehinggalah corak-corak yang ada pada baju watak-watak.
Avatar
Prop design untuk filem Avatar
Contoh art direction untuk siri Star Wars: gunakan props daripada bahan buangan seperti mesin slot atau peti ais untuk menghasilkan rupa peralatan yang berteknologi tinggi tetapi telah lama digunakan. Pakaian watak yang ringkas untuk memudahkan pergerakan. Penggunaan bayang-bayang dalam model untuk memberi ilusi perbezaan saiz.
Art direction untuk animasi Finding Nemo: watak yang mempunyai bentuk badan yang realistik tetapi mempunyai ekspresi muka karikatur. Jarak penglihatan yang terhad apabila di dalam air. Penggunaan warna-warna yang high chroma untuk set di coral reef dan mula low chroma apabila semakin menuju ke laut dalam. Setiap watak mempunyai pelbagai titik artikulasi untuk pergerakan yang fleksibel.
nemo01
Character design bagi animasi Finding Nemo
Dengan kata lain, art direction akan memberikan panduan kepada concept artis tentang visual yang akan dihasilkan. Kalau art direction memerlukan watak yang gagah, maka concept artist perlu menghasilkan visual watak yang memakai baju perisai atau berbadan sasa dan perlu lah mengelakkan daripada melukis watak yang boroi atau berangka kecil.
Bagi kebanyakan pelukis, art direction merupakan suatu perkara yang amat asing. Ramai beranggapan (termasuk penulis) bahawa melukis merupakan sesuatu yang sangat peribadi dan orang lain tak boleh campur tangan dalam lukisan yang kita hasilkan. Sebagai hasilnya, ramai pelukis yang terasa hati atau tersinggung apabila ditegur untuk memperbaiki lukisan mengikut kriteria yang dikehendaki. Penulis sendiri pernah mengalami perkara begini. Begini ceritanya:
Penulis pernah menerima tempahan untuk melukis ilustrasi seorang yang terlantar kesakitan di hospital. Bila penulis hantar draf lukisan, semuanya ok; tiada perubahan yang diperlukan. Bila penulis mula mewarna, masa tu datang perubahan demi perubahan. Ekspresi muka kena tukar lah, warna dinding tak macam warna hospital lah, katil nampak macam katil rumah, baju yang watak tu pakai nampak macam baju orang mati la, dan sebagainya. Ada ketikanya penulis rasa bengkek juga bila jadi macam ni. Masa hantar draf, semua kata ok. Bila dah warna datang macam-macam komen pula. Sapa yang tak sakit hati. Buat beberapa ketika, penulis rasa sangat down. Nak melukis pun takde mood.
Mungkin kerana dek ego yang tak pernah menerima kritikan sebelum ni, perkara tersebut merupakan satu big deal. ‘Aku kan artis? Suka hati akulah nak lukis apa pun?’ Then (kononnya) penulis mengalami satu revelation. Penulis bukan artis, penulis adalah designer. Designer perlu ikut kehendak klien. Itu merupakan satu dogma suci yang perlu menjadi ikutan semua designer/pelukis. Jika klien tidak berpuas hati dengan hasil kerja kita, itu tidak bermaksud klien tu tak pandai, tapi kita yang tak pandai sebagai designer. Designer/pelukis sepatutnya dapat menyelesaikan masalah klien. Sebab tu klien meminta khidmat kita. Bila difikirkan balik, barulah terasa masuk akal.
Dalam dunia concept arts, perkara menjadi sangat obvious. Kita akan bekerja dengan ramai orang. Dan ilustrasi yang kita gunakan akan menjadi rujukan kepada artis lain. So kalau ilustrasi yang kita lukis tidak dapat dijadikan model 3D, itu bermaksud kita yang tak pandai melukis, bukan salah modeller. Modeller cuma merujuk kepada ilustrasi yang kita hasilkan. So kita bukan kena melukis untuk memuaskan hati dan kepuasan diri, tapi juga kena memastikan bahawa ilustrasi tu mempunyai nilai dan maklumat visual yang dapat dimanfaatkan oleh orang lain.
Concept artist perlu sentiasa berfikiran terbuka dan menerima setiap kritikan sebagai komen yang membina (walaupun ada kalanya sesetengah komen tu memang menyakitkan hati). Ego dan perasaan sayangkan hasil karya sendiri perlu dikikis sehabisnya. Cuba untuk let go. Dalam concept arts, hasil karya yang kita hasilkan bukan milik kita, tetapi akan dikongsi bersama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link