Ahad, 13 Mac 2011

Concept Art 101: Atmospheric Perspective

Ramai pelukis yang boleh melukis objek yang dekat. Akan tetapi apabila melukis objek yang jauh, ramai pelukis yang cenderung melukis objek yang jauh seperti mereka melukis objek yang dekat. Hasilnya, objek tersebut tidak kelihatan seperti objek yang jauh, sebaliknya kelihatan seperti objek yang dekat cuma kecil sedikit daripada saiz asal. Jadi, macam mana cara untuk mengatasi masalah ini?

Atmospheric Perspective merupakan salah satu kaedah untuk memberikan 'kedalaman' atau ilusi ruang dalam lukisan kita. Secara ringkas, apabila kita melihat melalui kamera, objek yang jauh akan kelihatan pudar kerana cahaya perlu menembusi ruang yang besar sebelum sampai ke lensa kamera. Cahaya itu juga akan dipengaruhi oleh gas di persekitaran (atmosfera) dan menyebabkan imej yang kelihatan kelihatan seperti warna sekeliling.

Bayangkan kabus yang tebal. Objek yang berada di hadapan kita masih kelihatan normal dan tidak dipengaruhi oleh warna putih kabus.

Cuba berganjak dua langkah kebelakang. Objek tersebut sudah mula berubah warna tetapi kita masih lagi boleh mengecam bentuk objek tersebut.

Cuba undur beberapa tapak lagi. Lihat kembali objek yang sama. Beberapa bahagian pada objek tersebut mula tidak kelihatan. Warna objek tersebut mula kelihatan keputihan.

Semakin jauh kebelakang. Objek tersebut cuma kelihatan bentuk luaran sahaja. Warna dan ciri-ciri yang lain tidak kelihatan.

Sebab itu gunung dan objek-objek yang jauh kelihatan kebiruan kerana dipengaruhi oleh warna langit. Bukit dan gunung yang dekat kelihatan kehijauan kerana dipengaruhi oleh warna hutan dan tumbuhan.

Untuk tugasan seterusnya, kita tidak akan menggunakan warna.

***Tugasan 7: Lukisan Atmospheric Perspective Menggunakan Objek Sebenar***

Ambil dua objek yang sama saiz, seperti sudu, cawan, garfu atau buah-buahan dan letakkan di atas meja. Letakkan salah satu daripada objek tersebut jauh daripada pandangan dan satu lagi berhampiran. Betulkan kedudukan supaya kedua-dua objek tersebut sama dengan aras mata.

Seterusnya, lukiskan kedua-dua objek tersebut. Gelapkan objek yang lebih hampir. Tujuan tugasan ini adalah untuk menghasilkan ilusi jarak dan ruang dalam lukisan, dan cuba mengelakkan daripada melukis objek yang besar dan kecil.

Tips: Gunakan kertas berwarna seperti biru gelap. Gunakan warna hitam untuk shading dan warna putih untuk highlight.

***Tugasan 8: Lukisan Atmospheric Perspective Daripada Imaginasi***

Buat semula tugasan 7 tetapi kali ini gunakan subjek daripada imaginasi; dua kereta kebal, dua naga, dua kapal angkasa.. etc.

Sekali lagi diingatkan bahawa, objek yang jauh tidak sama seperti objek yang dekat. Untuk bacaan yang lebih terperinci, baca di sini dan sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link