Isnin, 14 Mac 2011

Concept Art 101: Value dan Warna

Kenapa kena sketch dalam hitam putih? Kan lebih senang kalau terus sketch guna warna?

Ramai pelukis (termasuk penulis sendiri) yang beranggapan bahawa warna itu lebih penting daripada value. Apa benda value tu? Value tu merujuk kepada terang dan gelap sesuatu nilai warna. Tapi value juga boleh digunakan tanpa warna seperti lukisan monochrome yang menggunakan hitam dan putih sahaja. Ada juga sebilangan pelukis yang merujuk value sebagai shading.

Value tu cuma hitam dan putih, so what? Kenapa value tu lagi penting daripada warna?

Untuk melihat sendiri kepentingan value dalam lukisan, mari kita cuba eksperimen ni.

Cuba teka ini gambar apa?

clip_image002

Tak dapat teka? Gambar di atas Cuma mengandungi warna dan juga warna kelabu tanpa sebarang nilai value. Atau untuk lebih tepat lagi, value pada gambar di atas ada 50%. Mari kita lihat gambar yang sama menggunakan value tanpa warna.

clip_image004

Menakjubkan bukan? Meskipun tanpa warna, mata kita dengan pantas dapat mengecam gambar di atas tanpa sebarang masalah. Ini gambar dalam full color.

clip_image006

Macam mana kalau kita salah menggunakan value. Macam mana kalau objek yang terang digelapkan dan sebaliknya? Adakah kita akan dapat mengecam gambar yang sama? Mari kita sama-sama lihat:

clip_image008

Euuuu.. Nampak tidak menarik. Hilang ilusi ruang dan kedalaman dalam gambar ni. Macam mana kalau gambar tu ada warna? Bolehkah gambar yang mempunyai value yang salah diselamatkan dengan warna? Mari kita lihat.

clip_image010

Er.. no. Warna pun tidak dapat menyelamatkan keadaan jika value tidak betul. So the moral of the story, sketch dulu dalam warna. Bila nilai value dan terang gelap dapat dipastikan dengan sempurna, baru lah mula mewarna.

spaceship010

Itu sahaja buat kali ini. Kita bertemu lagi dalam post akan datang. (poof!)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan baca je? Komen sikit..

Link