Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi dan penulis bangun pagi untuk makan nasik (penulis memang rasa lapar kalau tetiba terjaga di waktu pagi). Di dapur ada lauk sambal telur yang mak penulis buat malam sebelumnya (sebab penulis skip dinner malam tu) dan penulis ambil sedikit sambal dan nasi. Penulis kunyah nasi dan sambal di dalam kedinginan pagi ditemani bunyi cengkerik dan hujan yang turun rintik-rintik. Tiba-tiba..
Penulis terkejut. Terasa sensasi hangat berbara di dalam mulut penulis. Lidah penulis seakan-akan mengeras. Telinga mula seperti keluar asap. Bergegas penulis berlari ke dapur mencari air. Penulis teguk air masak berkali-kali. Kepedasan sambal dalam mulut penulis masih belum hilang. Terasa seperti lidah ini digigit-gigit. Muka penulis menjadi merah padam sambil mencari-cari kenapa sambal ni menjadi sangat pedas.
Penulis ternampak satu objek berwarna merah di tepi singki. Kecil sahaja objek ini. tapi penulis yakin inilah punca kenapa sambal yang penulis makan menjadi sangat pedas. Penulis ambil satu dan bawa ke dalam bilik. Penulis belek-belek, buka komputer dan mula melukis.
Inilah caranya bagaimana pelukis membalas dendam pada cili ni. Jangan tanya rasional kenapa penulis membalas dendam pada cili ni dengan cara melukis. Dan untuk dua jam berikutnya, penulis tak dapat lelapkan mata sebab kepedasan cili yang masih belum hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan