Sebelum ini, penulis ada terangkan tentang melukis menggunakan basic form (bukan basic shape). Ok, lepas dah siap melakar gunakan basic shape form, Pastinya ada yang tak sabar-sabar nak mulakan inking.
Ops. Berhenti dulu. Jangan terburu nafsu.
Sebelum mulakan inking, kita kena faham objek yang kita nak inking tu. Fahamkan macam mana tu? Kalau kita terus menginking mengkhinzir membabi buta, inking kita akan jadi flat dan kelihatan sangat 2D. sekali lagi penulis ingatkan bahawa melukis adalah berkaitan dengan menghasilkan ilusi 3D. Jadi ambil sedikit masa dan analisa dulu lukisan yang akan kita hasilkan.
Pelukis-pelukis biasanya menggunakan overlapping shape untuk memberi ilusi ruang dan jarak dalam lukisan. Prinsipnya mudah sahaja: bentuk/objek yang menutup bentuk/objek lain adalah lebih dekat. Kita menggunakan prinsip ini tanpa kita sedar. Awan yang menutupi matahari adalah lebih dekat berbanding matahari.
Dalam lakaran di atas, terdapat dua objek yang sama saiz. Kalau kita nak tunjukkan bahawa objek A lebih dekat berbanding objek B, kita boleh melukis seolah objek A menutupi objek B seperti ini:
Kalau kita nak tunjukkan bahawa objek B adalah lebih dekat, kita akan lukis sebegini:
Tapi, bagaimana kalau kita objek di atas adalah satu objek yang bercantuman? Bagaimana kita hendak tunjukkan bahawa bahagian A lebih dekat daripada bahagian B? Dalam kes ini kita boleh gunakan partial overlapping shape.
Mari kita lihat dua lukisan yang menggunakan overlapping shape dan partial overlapping shape.
Lukisan di sebelah kiri menggunakan overlapping shape, manakala lukisan di sebelah kanan menggunakan partial overlapping shape. Lukisan di sebelah kiri kelihatan agak ‘rata’ dan tidak timbul jika dibandingkan dengan lukisan di sebelah kanan. Partial overlapping shape akan kelihatan lebih efektif jika kita menggunakan garisan yang berbeza ketebalan.
Overlapping shape juga membantu memberikan bentuk dalam lukisan anatomi.
So lain kali jika ada lukisan yang kelihatan flat, cuba lukis semula dan gunakan overlapping shapes. Mungkin dengan penerangan ini dapat membantu pembaca memahami tentang lukisan dengan lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan