- Direct copy
- Inspiration
- Reference
- Inclusion
Inspiration pula adalah menggunakan foto untuk mendapatkan idea. Reference adalah menggunakan maklumat yang ada pada foto untuk membina pemahaman tentang objek yang ingin dilukis. Misalnya menggunakan beberapa imej kereta F1 untuk mendapatkan pemahaman tentang aerodinamik pada kereta lumba.
Inclusion adalah merujuk kepada penggunaan foto terus kepada lukisan seperti untuk menghasilkan tekstur atau kolaj. Penggunaan foto sebagai inclusion juga tidak digalakkan.
Akan tetapi, ini tidak bermakna pelukis tidak boleh menggunakan foto langsung apabila melukis. Penggunaan foto dalam ilustrasi adalah digalakkan dan ada kalanya lukisan tidak dapat dihasilkan tanpa bantuan foto.
Kenapa penggunaan foto penting dalam penghasilan ilustrasi / concept art? Sebelum ini kita telah perkatakan tentang melukis daripada benda sebenar dan kepentingannya. Akan tetapi, ada kalanya kita tidak dapat atau tak mampu melihat sendiri objek yang henda kita lukis. Katakan kita henda melukis harimau (aummm aumm – sound effect sket) tapi adalah mustahil untuk berdepan dengan Pak Belang
Masa inilah kita memerlukan foto. Suruh sahaja jurufoto seperti Syaqiela atau Bob dan upah mereka untuk ambil gambar harimau tu. Sekurang-kurangnya mereka akan
Cukuplah dengan bebelan. Masa untuk tugasan. Sediakan buku lakaran dan asah pensil setajamnya.
***Tugasan 4: Concept Art Menggunakan Foto***
Pilih satu subjek - kereta, planet, kapal angkasa, harimau, telefon bimbit – dan dapatkan gambar rujukan secukupnya. Gunakan gambar foto yang telah dikumpulkan untuk study subjek tersebut. Perhatikan ciri-ciri yang ada, warna dan tekstur. Kali ini, lukis semula subjek tersebut daripada perspektif / sudut lain. Gunakan gambar-gambar yang ada sebagai bahan rujukan. Tips – gunakan dua monitor untuk memudahkan kerja-kerja melukis. Tak pun print gambar rujukan tu atas kertas A4.
Dah siap lukis? Cepatnya! Bagus bagus. Kali ini, cuba tambah beberapa ciri pada ilustrasi yang telah dilukis. Kalau lukis kereta, cuba tambah kan sport rim atau ekzos besar. Keluarkan jus kreativiti dan cuba enjoy proses melukis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan